Thursday 4 August 2011

mEnCaR! kEaMPuNaN

Asalamualaikum pembaca semua..alhamdulillah...bertemu juga aku di bulan ramadhan ni..begitu juga dengan pembaca..masih lagi dipanjang kan umur untuk beribadat kepada Nya..aku memanjat kesyukuran kali ini kerana diberi limpah ruah cahaya dan hidayah nya untuk aku berkongsi di dalam blog ini..

Bulan ramadhan bulan yang mulia.bulan ini lah semua pintu syurga dibuka..kita hanya berperang dengan nafsu kita sahaja..tiada gangguan syaitan yang direjam..perang la nafsu itu sehingga kau sendiri leh kontrol nafsu kau dalam melakukan sesuatu perkara..sehingga kau sendiri boleh menakluki nafsu kau dengan akal fikiran yang tuhan kurniakan..dalam kehidupan seharian sambil menjalankan ibadat puasa ini..kita sering terdedah dengan ragam-ragam manusia disekeliling.kadang-kadang itu boleh merosakkan ibadat kita seharian..dari situ juga bermula lah untuk mengumpat..mengata..dan seangkatan dengan nya..

Kali ni aku nak ajak semua pembaca memohon keampunan dibulan ramadhan ni..kita manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan pada tuhan..antara sedar dan tak sedar je..biar pon dosa sekecil kuman tu pon masih dikira dosa.

Ambil satu cerita  : seorang sahabat diperhatikan oleh sahabat yang lain..sahabat ini selalu membuat solat taubat sebelom tidur nya..lalu sahabat lain bertanya.. Ya Sahabat..aku sentiasa perhatikan sebelom tidur mu..aku lihat dari luaran mu (zahir) sangat indah..bahkan kamu disegani ramai kerana ketakqwaan mu kepada ALLAH s.w.t ..tapi mengapa hampir setiap malam kamu bertaubat..apakah yang telah kamu lakukan seharian kamu..?

Lalu menjawab sahabat itu..kehidupan seharian aku tidak la begitu bagus..aku khuatiri setiap apa yang aku lakukan aku melakukan dosa tanpa aku sedari..kerna itu aku sentiasa bertaubat mensucikan diri aku tatkala malam menjelma..kerna aku takut aku berada dalam dosa.

Lalu fahamlah sahabat itu..

Pembaca sekalian..aku cuba menerapkan sesuatu pada diri sendiri agar sentiasa berada dalam keadaan yang bukan la terlalu bagus..hidup ini bukan la sempurna..tiada yang sempurna melainkan kesempurnaan itu sendiri..
Jadi dibulan ramadhan ini lah...kita mencari keampunan pada ilahi..bukan bulan ini sahaja..tapi bulan-bulan lain juga sama..cume bulan ramadhan ini lah bulan yang penuh dengan seribu rahmat.Banyakkan beramal..membaca al-quran..bersolat tarawih..berzikir..dan melakukan perkara perkara yang boleh menghapuskan dosa-dosa..beristirgfar..

Sama-samalah kita semua mencari keredhaan Nya..tuhan itu maha pengampun..tuhan itu maha berkuasa..segala galanya ada pada dia..yakinkan diri tu agar kita mampu meletakkan hidup kerana tuhan.

No comments:

Post a Comment