Tuesday 20 December 2011

-aKu tErBaNg-

Sedang di dalam kegelapan aku menyebut nyebut nama si dia..ketika itu aku didatangi satu bintang yang entah dari mana datangnya..menyinari hidup ini dengan cahaya yang sangat indah disinarkan pada hidup yang tiada harapan untuk balik kepada nya..semakin cerah cahaya itu menerangi hidup ini..sehinggakan tiada apa lagi yang nak dinafikan..segalanya adalah dia..sedang aku terpinga pinga..aku mencari dimanakah punca cahaya itu..adakah matahari...adakah lampu..adakah lampu neon..aku terpusing pusing didalam keindahan cahaya..sungguh indah..oh...cahaya..nyata lah kau penerang segala kegelapan..

Aku berjalan didalam cahaya yang penuh cerah dan gemilangnya..aku bersyukur kerana masih ada lagi bintang yang akan menerangi aku dengan cahaya nya..aku amat bersyukur..kini aku semakin hampir kepadanya.. Oh..bintang..terima kasih kerana memilih aku berada disamping mu untuk aku sampai kepada nya..terima kasih yang tak tehingga sehingga aku menjadi gila dek kerana cahaya mu.
Kini aku diangkat ke sana untuk menikmati segala yang ada seperti yang telah diketahui masa dahulu.

Waduhhh....indah sungguh di singgahasana..terpesona aku di buat nya...aku lena dialam yang lebih nyata daripada dunia yang ada..bukan ini yang aku pinta bahkan ini lah pemberian nya..bukan syurga yang aku ingin kan..bukan balasan yang aku ingin kan...tapi kau yang aku ingin kan..semata mata kerana engkau..aku berjalan ditengah tengah hitam dan putih...tidak ke kiri tidak pula ke kanan..aku terus berjalan walaupun kadang kala aku terjatuh di antara keduanya..tapi bingkas aku bangun..tatkala aku tidak mampu bangun..bintang disekeliling menarik ku ke atas membantu ku naik..meneruskan perjalanan yang masih tiada penhujungnya.

Aku sedar bintang bukan sekadar bintang..cahaya bukan sekadar cahaya..perjalanan ku bukan lah berseorangan, bahkan segerompolan bintang dilangit yang menghiasi alam semesta mengiringi ku..Seketika aku memandang kebawah aku sedih melihat apakah yang telah berlaku dibawah sana..adakah mereka lupa bahawa mereka dialam permainan..adakah mereka lupa bahawa ada yang akan menguruskan segalanya..adakah mereka lupa ada yang akan memberi mereka makan dan minum..adakah mereka lupa akan ada yang lebih berkuasa dari yang berkuasa...

Kini segalanya telah berlaku..segalanya telah terjadi...oh...tinggi nya aku..pertemuan demi pertemuan dengan bintang yang telah sedia ada di alam semesta membuatkan aku juga ingin menjadi bintang..tapi tidak..hanya satu matlamat ku untuk aku sampai kepadanya..aku hanya inginkan dia.. sedang aku berterbangan dialam nyata materiod melanggar aku..cebisan cebisan kecil juga turut melanggar aku...hampir jatuh juga aku kebawah..oo..nasib baik aku selamat..bintang yang mengiringi aku seketika dari alam permainan tadi masih ada disisi aku..terima kasih bintang kerana selamat kan aku..kini aku mampu terbang semula..cebisan cebisan materiod yang kecil aku mampu elak..Cuma aku perlu berjaga jaga dengan materiod yang besar.. sungguhpun aku masih diiringi, aku juga perlu melatih diri aku untuk aku terbang sendirian tanpa ada yang mengiringi aku suatu hari nanti..

Sehingga kini aku masih lagi terbang untuk sampai pada nya..telah diperlihatkan kepada aku beberapa planet diatas sana..yang hanya lah rekaan bagi menghiasi alam semesta..kerana disebalik mereka itu ada dia..
Teruskan lah penerbangan mu untuk kau mengecapi nikmat sampai pada nya..aku yakin...aku akan sampai..aku sabar untuk tiba masa aku sampai..dan aku redha untuk aku sampai pada nya,..

Sunday 11 December 2011

m@jLi$ pErTuN@NG@N ku

Asalamualaikum semua readers..hai hai hai..salam sejahtera semua.. kali ini aku sambung kisah aku lagi..mungkin yang ini ok sikit kot..hehe..setelah pelbagai yang mendatang dalam kehidupan..aku yakin tuhan sayangkan aku.. Perancangan aku untuk bertunang diteruskan atas izin ALLAH s.w.t.. Tanggal 27 NOVEMBER 2011 aku bertunang dengan kekasih hati aku YUHANIFFA vs HAZRUL HANIF.. nama pon nak dekat sama dah..memang jodoh la tu..hehe..so last minit punyer kerja..seminggu lagi aku terkejar kejar buat persiapan untuk majlis pertunangan aku.. ALHAMDULILLAH segalanya dipermudahkan. Majlis start pukul 3 petang dan berakhir 4.30 petang. 























Mesti ramai tertanya tanya bile majlis kenduri.. sebenarnya aku sendiri tak tahu bile nak langsungkan.aku sendiri masih mencri tarikh-tarikh yang sesuai disamping mengumpul harta dan dana dana untuk kenduri itu nanti.. ape pon segala urusan aku serahkan kepada ALLAH s.w.t.DIA yang maha menguruskan..aku hanya melaksanakan sahaja.. ikut skrip tuhan la..Dia yang jadikan kita..jadi Dia juga lah yang menguruskan kita.. Ingatlah..perkahwinan bukan lah atas dasar cinta semata mata..tapi kerana ALLAH s.w.t  semata mata. Menyempurnakan islam tadi tu. Perkahwinan adalah  sebahagian daripada islam.. jadi selesai sahaja hal perkahwinan..ada lagi sebahagian untuk menyempurnakan islam.. iaitu menuntut ilmu..  Ilmu disini terlalu banyak..pergi sekolah pun ilmu.pergi universiti pon ilmu..semua nya ilmu tuhan..baik @ jahat itu semua dari tuhan.. jadi tuhan berikan kita akal fikiran untuk menilai itu semua.. Jadi ilmu disini adalah ilmu untuk di akhirat kelak..adakah anda semua sudah bersedia untuk ke dunia akhirat..?? carilah ilmu yang tahu pangkal hujung nya..baru lah sempurna ilmu tadi itu.. ingat..beramal tanpa ilmu kata Rasullullah s.a.w adalah sia sia.. juga disamakan berilmu tanpa amal juga dikira sia sia.. jadi renung2kan lah..ilmu tuhan ni banyak tak terkata..tak tertulis..ambil lah untuk disisi syariat yang boleh membawa kita kepada ALLAH s.w.t.. sesungguhnya keikhlasan itu adalah satu anugerah ALLAH s.w.t.. See u soon...

iM bAcK...!!

Asalamualaikum to u all readers..terlebih dahulu writes nk minta maaf pasal dah lame sangat aku tak karang blog aku ni...bagi aku cukup lama..ye la..aku pon dah masuk alam pekerjaan..sejak sejak aku dok jB masa aku sentiasa dipenuh..tak macam dulu..ade je masa untuk aku karang blog aku ni..haha...by the way...now aku kembali menyambung cerita aku...mungkin dah terlalu banyak kisah dan babak babak yang aku lalui selama beberapa bulan aku tak bercerita diruang blog ni...sedih suka duka semua ada...tapi ini semua terjadi dengan kehendak tuhan..aku hanya hamba nya yang menurut skrip Nya..ape pon kini aku redha dengan setiap apa yang diberikan pada aku dan aku redha dengan setiap apa yang tak diberikan kepada aku..aku amat bersyukur sehingga hari ini aku masih lagi diberi nyawa dan nafas untuk aku meneruskan kehidupan disisi Nya. Semakin hari semakin matang dalam menjalani kehidupan seharian dan kehidupan yang bakal mendatang. INSYAALLAH segalanya dipermudahkan.

Ape pun aku skip la dari selama aku stop menulis kat blog ini sehingga aku dapat menulis semula blog ni..sejak aku kerja dekat austin heights tu..hidup aku tak menentu.macam macam perkara yang datang pada aku...sampaikan aku tewas untuk aku lawan..sungguhpun begitu..aku sedar kuasa semua ditangan tuhan..aku tidak berkuasa atas segala galanya..tuhan lebih berkuasa.kini aku telah bekerja di skudai.. 2K Spray & Painting..salah satu kedai pembikinan kerja kerja body kereta dan kerja mengecat kereta aku..bagi aku tak kisah la aku kerja mana pon..ape sekali pon aku buat aku rasa itu semua dari tuhan..ade sebab kenapa aku dapat kerja kat situ.. ramai jugak yang mengata aku bodoh kerana aku resign dari austin heights tu..biarlah...suka hati aku..aku kerja kerana tuhan..bukan kerana duit..bukan kerana jawatan @ kuasa..atas tuntutan dunia aku berkerja kerana tuhan..kerana tuhan sendiri akan bayar gaji aku..so aku tak kisah gaji berapa pun.Tuhan tu Maha Kaya..DIA boleh bagi apa saja.. at now aku happy dengan life aku...aku selesa disamping aku lebih tenang bersama DIA.

Banyak la...banyak sangat yang berlaku selama beberapa bulan ni..ujian tuhan datang tak henti henti demi membetolkan aku..memperkuatkan keimanan dan ketauhidan aku ini..aku ngaku aku memang lemah..aku tak berdaya nak menghadapi semua ni..tapi aku yakin,..tuhan jadikan aku macam ni ade sebab..kenapa aku jadi macam ni.. jadi dekat sini aku berpegang pada firmannya  “ Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri ”

Ambil pada dalam diri la...tak perlu nak memandang kaum kaum kat luar tu..kaum pada diri kita ini..kaki, tangan, mata, mulut, telinga, jari, perut, dan semua nya ada pada kita..itu lah kaum yang dimaksudkan.. selagi kita tak mampu ubah ‘kaum-kaum’ ini semua tuhan takkan menolong kita..nak ubah macam mana...??? semua tu nak ubah kerana DIA..bukan kerana duit..bukan kerana pahala..bukan kerana nak kan syurga.. kerana DIA semata mata.

Kini aku nekad ape pon terjadi aku tetap bersama DIA..DIA lah yang utama sekali..bukan mengingati sekadar waktu solat @ waktu susah..bahkan waktu senang..waktu bersuka ria.. selagi nadi bergerak selagi itu ada DIA.. ermm.....beginilah hidup...selagi iman didada tak kuat selagi itu tuhan menguji demi memperkuatkan keimanan kita.. 
YA ALLAH..MAHA SUCI AKU TAK TAHU APA APA..BANTULAH AKU..BERIKAN LAH AKU SATU KEKUATAN UNTUK AKU SAMPAI KEPADA MU YA ALLAH.