Tuesday 20 December 2011

-aKu tErBaNg-

Sedang di dalam kegelapan aku menyebut nyebut nama si dia..ketika itu aku didatangi satu bintang yang entah dari mana datangnya..menyinari hidup ini dengan cahaya yang sangat indah disinarkan pada hidup yang tiada harapan untuk balik kepada nya..semakin cerah cahaya itu menerangi hidup ini..sehinggakan tiada apa lagi yang nak dinafikan..segalanya adalah dia..sedang aku terpinga pinga..aku mencari dimanakah punca cahaya itu..adakah matahari...adakah lampu..adakah lampu neon..aku terpusing pusing didalam keindahan cahaya..sungguh indah..oh...cahaya..nyata lah kau penerang segala kegelapan..

Aku berjalan didalam cahaya yang penuh cerah dan gemilangnya..aku bersyukur kerana masih ada lagi bintang yang akan menerangi aku dengan cahaya nya..aku amat bersyukur..kini aku semakin hampir kepadanya.. Oh..bintang..terima kasih kerana memilih aku berada disamping mu untuk aku sampai kepada nya..terima kasih yang tak tehingga sehingga aku menjadi gila dek kerana cahaya mu.
Kini aku diangkat ke sana untuk menikmati segala yang ada seperti yang telah diketahui masa dahulu.

Waduhhh....indah sungguh di singgahasana..terpesona aku di buat nya...aku lena dialam yang lebih nyata daripada dunia yang ada..bukan ini yang aku pinta bahkan ini lah pemberian nya..bukan syurga yang aku ingin kan..bukan balasan yang aku ingin kan...tapi kau yang aku ingin kan..semata mata kerana engkau..aku berjalan ditengah tengah hitam dan putih...tidak ke kiri tidak pula ke kanan..aku terus berjalan walaupun kadang kala aku terjatuh di antara keduanya..tapi bingkas aku bangun..tatkala aku tidak mampu bangun..bintang disekeliling menarik ku ke atas membantu ku naik..meneruskan perjalanan yang masih tiada penhujungnya.

Aku sedar bintang bukan sekadar bintang..cahaya bukan sekadar cahaya..perjalanan ku bukan lah berseorangan, bahkan segerompolan bintang dilangit yang menghiasi alam semesta mengiringi ku..Seketika aku memandang kebawah aku sedih melihat apakah yang telah berlaku dibawah sana..adakah mereka lupa bahawa mereka dialam permainan..adakah mereka lupa bahawa ada yang akan menguruskan segalanya..adakah mereka lupa ada yang akan memberi mereka makan dan minum..adakah mereka lupa akan ada yang lebih berkuasa dari yang berkuasa...

Kini segalanya telah berlaku..segalanya telah terjadi...oh...tinggi nya aku..pertemuan demi pertemuan dengan bintang yang telah sedia ada di alam semesta membuatkan aku juga ingin menjadi bintang..tapi tidak..hanya satu matlamat ku untuk aku sampai kepadanya..aku hanya inginkan dia.. sedang aku berterbangan dialam nyata materiod melanggar aku..cebisan cebisan kecil juga turut melanggar aku...hampir jatuh juga aku kebawah..oo..nasib baik aku selamat..bintang yang mengiringi aku seketika dari alam permainan tadi masih ada disisi aku..terima kasih bintang kerana selamat kan aku..kini aku mampu terbang semula..cebisan cebisan materiod yang kecil aku mampu elak..Cuma aku perlu berjaga jaga dengan materiod yang besar.. sungguhpun aku masih diiringi, aku juga perlu melatih diri aku untuk aku terbang sendirian tanpa ada yang mengiringi aku suatu hari nanti..

Sehingga kini aku masih lagi terbang untuk sampai pada nya..telah diperlihatkan kepada aku beberapa planet diatas sana..yang hanya lah rekaan bagi menghiasi alam semesta..kerana disebalik mereka itu ada dia..
Teruskan lah penerbangan mu untuk kau mengecapi nikmat sampai pada nya..aku yakin...aku akan sampai..aku sabar untuk tiba masa aku sampai..dan aku redha untuk aku sampai pada nya,..

Sunday 11 December 2011

m@jLi$ pErTuN@NG@N ku

Asalamualaikum semua readers..hai hai hai..salam sejahtera semua.. kali ini aku sambung kisah aku lagi..mungkin yang ini ok sikit kot..hehe..setelah pelbagai yang mendatang dalam kehidupan..aku yakin tuhan sayangkan aku.. Perancangan aku untuk bertunang diteruskan atas izin ALLAH s.w.t.. Tanggal 27 NOVEMBER 2011 aku bertunang dengan kekasih hati aku YUHANIFFA vs HAZRUL HANIF.. nama pon nak dekat sama dah..memang jodoh la tu..hehe..so last minit punyer kerja..seminggu lagi aku terkejar kejar buat persiapan untuk majlis pertunangan aku.. ALHAMDULILLAH segalanya dipermudahkan. Majlis start pukul 3 petang dan berakhir 4.30 petang. 























Mesti ramai tertanya tanya bile majlis kenduri.. sebenarnya aku sendiri tak tahu bile nak langsungkan.aku sendiri masih mencri tarikh-tarikh yang sesuai disamping mengumpul harta dan dana dana untuk kenduri itu nanti.. ape pon segala urusan aku serahkan kepada ALLAH s.w.t.DIA yang maha menguruskan..aku hanya melaksanakan sahaja.. ikut skrip tuhan la..Dia yang jadikan kita..jadi Dia juga lah yang menguruskan kita.. Ingatlah..perkahwinan bukan lah atas dasar cinta semata mata..tapi kerana ALLAH s.w.t  semata mata. Menyempurnakan islam tadi tu. Perkahwinan adalah  sebahagian daripada islam.. jadi selesai sahaja hal perkahwinan..ada lagi sebahagian untuk menyempurnakan islam.. iaitu menuntut ilmu..  Ilmu disini terlalu banyak..pergi sekolah pun ilmu.pergi universiti pon ilmu..semua nya ilmu tuhan..baik @ jahat itu semua dari tuhan.. jadi tuhan berikan kita akal fikiran untuk menilai itu semua.. Jadi ilmu disini adalah ilmu untuk di akhirat kelak..adakah anda semua sudah bersedia untuk ke dunia akhirat..?? carilah ilmu yang tahu pangkal hujung nya..baru lah sempurna ilmu tadi itu.. ingat..beramal tanpa ilmu kata Rasullullah s.a.w adalah sia sia.. juga disamakan berilmu tanpa amal juga dikira sia sia.. jadi renung2kan lah..ilmu tuhan ni banyak tak terkata..tak tertulis..ambil lah untuk disisi syariat yang boleh membawa kita kepada ALLAH s.w.t.. sesungguhnya keikhlasan itu adalah satu anugerah ALLAH s.w.t.. See u soon...

iM bAcK...!!

Asalamualaikum to u all readers..terlebih dahulu writes nk minta maaf pasal dah lame sangat aku tak karang blog aku ni...bagi aku cukup lama..ye la..aku pon dah masuk alam pekerjaan..sejak sejak aku dok jB masa aku sentiasa dipenuh..tak macam dulu..ade je masa untuk aku karang blog aku ni..haha...by the way...now aku kembali menyambung cerita aku...mungkin dah terlalu banyak kisah dan babak babak yang aku lalui selama beberapa bulan aku tak bercerita diruang blog ni...sedih suka duka semua ada...tapi ini semua terjadi dengan kehendak tuhan..aku hanya hamba nya yang menurut skrip Nya..ape pon kini aku redha dengan setiap apa yang diberikan pada aku dan aku redha dengan setiap apa yang tak diberikan kepada aku..aku amat bersyukur sehingga hari ini aku masih lagi diberi nyawa dan nafas untuk aku meneruskan kehidupan disisi Nya. Semakin hari semakin matang dalam menjalani kehidupan seharian dan kehidupan yang bakal mendatang. INSYAALLAH segalanya dipermudahkan.

Ape pun aku skip la dari selama aku stop menulis kat blog ini sehingga aku dapat menulis semula blog ni..sejak aku kerja dekat austin heights tu..hidup aku tak menentu.macam macam perkara yang datang pada aku...sampaikan aku tewas untuk aku lawan..sungguhpun begitu..aku sedar kuasa semua ditangan tuhan..aku tidak berkuasa atas segala galanya..tuhan lebih berkuasa.kini aku telah bekerja di skudai.. 2K Spray & Painting..salah satu kedai pembikinan kerja kerja body kereta dan kerja mengecat kereta aku..bagi aku tak kisah la aku kerja mana pon..ape sekali pon aku buat aku rasa itu semua dari tuhan..ade sebab kenapa aku dapat kerja kat situ.. ramai jugak yang mengata aku bodoh kerana aku resign dari austin heights tu..biarlah...suka hati aku..aku kerja kerana tuhan..bukan kerana duit..bukan kerana jawatan @ kuasa..atas tuntutan dunia aku berkerja kerana tuhan..kerana tuhan sendiri akan bayar gaji aku..so aku tak kisah gaji berapa pun.Tuhan tu Maha Kaya..DIA boleh bagi apa saja.. at now aku happy dengan life aku...aku selesa disamping aku lebih tenang bersama DIA.

Banyak la...banyak sangat yang berlaku selama beberapa bulan ni..ujian tuhan datang tak henti henti demi membetolkan aku..memperkuatkan keimanan dan ketauhidan aku ini..aku ngaku aku memang lemah..aku tak berdaya nak menghadapi semua ni..tapi aku yakin,..tuhan jadikan aku macam ni ade sebab..kenapa aku jadi macam ni.. jadi dekat sini aku berpegang pada firmannya  “ Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri ”

Ambil pada dalam diri la...tak perlu nak memandang kaum kaum kat luar tu..kaum pada diri kita ini..kaki, tangan, mata, mulut, telinga, jari, perut, dan semua nya ada pada kita..itu lah kaum yang dimaksudkan.. selagi kita tak mampu ubah ‘kaum-kaum’ ini semua tuhan takkan menolong kita..nak ubah macam mana...??? semua tu nak ubah kerana DIA..bukan kerana duit..bukan kerana pahala..bukan kerana nak kan syurga.. kerana DIA semata mata.

Kini aku nekad ape pon terjadi aku tetap bersama DIA..DIA lah yang utama sekali..bukan mengingati sekadar waktu solat @ waktu susah..bahkan waktu senang..waktu bersuka ria.. selagi nadi bergerak selagi itu ada DIA.. ermm.....beginilah hidup...selagi iman didada tak kuat selagi itu tuhan menguji demi memperkuatkan keimanan kita.. 
YA ALLAH..MAHA SUCI AKU TAK TAHU APA APA..BANTULAH AKU..BERIKAN LAH AKU SATU KEKUATAN UNTUK AKU SAMPAI KEPADA MU YA ALLAH.

Wednesday 14 September 2011

pAh!T m@N!$

asalammualaikum readers semua...hurrm...kali ni aku tak tahu nak cerita apa...ye lah..ari ni aku gaduh dengan Y..betol lah orang tua cakap kalau hubungan tu tak ada gaduh gaduh tak sah la..bak kate P.Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit..ini kan pula suami isteri."  hurrmmm...sedih sedih..memang sedih..

aku malas nak cerita banyak..nak letakkan salah aku pon boleh jadi gak..tapi aku pon tak paham..aku cume nak becerita...nape die pangkah aku sampai camtu sekali.. YE...masing masing demam..emosi cepat terganggu..tapi tak leh ke jage kejap je hati dan perasaan masing masing..tengah lunch kot...ermm... pas lunch hantar die balik aku terus g keje..WHAT EVER  la...

then petang tu konon nak pergi jusco jap shopping..last aku sampai rumah dia nak amik Y,..die tak ada kat rumah..dan dan la pulak hujan lebat turun..aku pasrah dan kecewa...sabor je la..aku msj kat phone tanye pergi mana tu..die kata tak de ke mana pon..padahal dah sah sah aku kat rumah die...lagi nak cakap tak pergi mana...adehh....

aku malas la nak cerita panjang2 la..
cume part yang best aku nak ceritakan ni..aku dengan die main kejar2 kat hiway utara selatan sampai tol skudai..dasyat tol..die naik wira aku naik persona..OF COZ la die kalah..kereta aku lagi laju..hahahah..
then kitorang setel kat tepi hiway je...

macam belakon la..hahaha...tapi bagi aku satu kenangan indah..best..aku makin sayang kat die...Y ku...huhuhu..

on the way aku nak balik rumah...aku pon bawa la kereta macam biasa..aku main cilok2...yang tak tahan nye..ade satu Viva ni..aku potong die..tapi aku tak perasan ade lori kat depan..aku selit depan Viva tu..die horn aku sampai nak pekak telinga aku...last last die kejar aku sampai rumah..nasib baik lah boleh lari..hihihi..main sorok sorok la pulak dengan Viva tu..haha..lawak..harap harap tuhan lepaskan  la aku untuk kemudian hari...hihi..

so sampai sini je la cerita kali ni..huhu...sambung msj dengan Y dulu...pujuk balik..hihi...bye alll....
see u coming soon...

HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU SETIAP APA YANG DIRENCANAKAN..AKU HANYA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA SETIAP MALAPETAKA MAHUPUN KECELAKAAN.

Saturday 3 September 2011

eD!Si SyAwAL 2011

Asalamualaikum kepada semua pembaca sekalian...hahaha...kali ni artikel EDISI SYAWAL 2011..hahahah..seronok giler aku nak cerita kat korang..tapi kalau yang bace tu sakit hati maaf la ye...dah takde kaitan kot..

So artikel EDISI SYAWAL ni aku nak menceritakan keindahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2011 ni...seperti yang korang tahu..aku telah bekerja di Austin Heights Sdn Bhd di Johor..Gaji aku takde la tinggi mane..Alhamdulillah lah orang kate tu..boleh sara lagi hidup sebatang kara ni.hahaha.

Apa yang indahnya raya 2011 ni..? hahaha.. ok firstly...aku berbangga tahun ni aku dapat menghadiahkan sepupu sepapat ku sedikit duit raya..untuk tahun pertama  aku menghadiahkan duit raya kepada mereka dengan hasil titik peluh kerja aku dan rezeki dari tuhan tu.

Secondly..dengan tak disangka sangka..insan yang bertakhta dihati ini telah beraya bersama sama aku dipagi raya dan hari raya pertama.wahhh....seronoknya hati ni jangan kate la..tuhan je yang tahu..Y sepatutnya bekerja pada hari raya pertama..tapi tuhan memberikan peluang beraya bersama aku..dia ditugaskan pada shift malam..jadi aku mempelawa Y beraya bersama aku pada hari raya pertama pagi itu..aku pulang bersamanya ke kampung ku pada puasa teakhir..kami buka bersama keluarga besar ku..

DI PAGI RAYA

Aku bangun lewat kerana malam itu aku tidur lewat..Y mengejutku bangun..apabila aku bangun..aku melihat Y menunggu ku di ruang tamu dengan wajah berseri-seri di pagi raya,...terkujat aku diibuatnya...awek aku ke ni...?? hahahah.aku pon pergi mandi macam biasa..selesai mandi aku siap-siap hensem2 la...ade awek..hahaha..bile aku senyum..die masam..aku tanye kenapa..katenya laporr...hahaha..

Rupenye dari pagi lagi die tunggu aku untuk bersarapan dengan aku di pagi hari raya,...huuu...terharunya aku dengan kesetiaan dia..tu yang buat aku makin sayang tu..haha..

Selesai makan..seperti biasa la..sesi bersalaman..huhu..aku memperkenalkan semua makcik makcik aku pada Y..mereka semua setuju..haha..Y pon aku tengok senang je dengan makcik makcik aku..heheh..

Lepas tu..aku bawa dia pergi ke rumah belah ayah aku pulak..kat sini yang aku kurang suke ada mulut2 yang agak agak agak kepoh sikit..aku tak gemar dengan makcik aku tu..mak tam belah ayah..mulut macam C...... so aku buat pekak je la..yang penting atok aku suke dengan bakal bini cucu die ni..cucu kesayangan la katekan..
So petang tu Y balik untuk pergi kerja malam tu..





















Nak dijadikan cerita RAYA KEDUA pulak...bangun dari tidur jam 12.00 tengahari..Y call aku...die kate rindu..aku pon rindu gak..then aku tanye die..bile kitorang nak kawin...secara tiba tiba je aku tanya..die pon jawab tak tahu..an tiba tiba aku ajak dia cari cincin merisik dan pertunangan kami..Y pon terkejut...dan terus setuju..hahaha..lawak giler..aku pon siap2...jumpa ibu n ayah cakap aku nak g JB beli cincin..ibu n ayah pon terkujat...tapi ibu ayah ON je...hahaha..so apa lagi...meroyan la..



Malam ni...3 SEPTEMBER 2011 ibu & ayah aku pergi merisik si jantung hati aku tu kat rumah Y di selancar..hahaha..lega hati aku..aku akan jadi suami tak lama lagi..lepas tu ayah..lepas tu atok..lepas tu........WALLAHUALAM...

Apa pon semua ini kehendak tuhan..tuhan yang mengerakkan aku melaksanakan segala yang telah ditentukan oleh Nya..aku hanya hamba NYA yang menurut perintah..

YA ALLAH..PERMUDAHKAN LAH JODOH KAMI..BERKATILAH HUBUNGAN KAMI..RAHMATI LAH PERSAUDARAAN KAMI..HANYA KAU SAHAJA TUHAN YANG MAHA MENGATAHUI..
Assalamualaikum...thanks to ALLAH s.w.t..ENGKAU LAH SEGALA GALANYA.
Bye  u all...muaahh...

Friday 19 August 2011

haRtA yAnG diKuRNiAKaN

Salam semua pembaca..huhuh..selamat menyambut ramadhan..dan selamat berpuasa..selamat berbuka..dan selamat bersahur..haha.so kali ni ade saebuah cerita yang aku nak kongsi kan dengan korang kenapa aku rasa Y is my future wife..huhuhuh..dasyat giler statement ni..haha..aku saje berkongsi bukan nak menunjuk nunjuk okay!!

So untuk julung-julung kali nye...aku decide dengan kekasih hati aku ni..merancang masa depan yang terlalu terperici..Mula nya kami hanya merancang mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan kami tahun depan..tapi ntah macam mana..tuhan menggerakkan hati kami berdua mencari aset bersama terlebih dahulu..sungguh tak percaya..tuhan melimpah ruahkan rezeki kami pada waktu ini..jadi aku dan Y decide untuk tidak membazirkan rezeki yang diberi..hahaha..

First thing kitorang beli..motor EX-5 ..bernombor plat JFF 6214..beli motor second hand je...ambil caash RM2500..memandangkan Y yang dah bosan naik kereta..so aku cadangkan beli motor tu..motor ni aku tak heran sangat..sekadar keperluan aku dan dia untuk ke kedai @ pergi kerja je..



Tiba tiba di kejutkan pulak...Y hendak menyewa rumah sendiri..selama ni dia hanya duduk dengan kawan..so aku pon berusaha carikan rumah sewa untuk Y di sekitar yang berdekatan dengan tempat kerja Y dan aku..so akhirnya dia jumpa satu rumah dalam mudah.com..rumah flat je  la..kat Austin Perdana.huhu..so tuan rumah tu pon muda lagi..rumah kos rendah..ok la tu..so dia kata dia kalau boleh nak sorang je penyewa kat rumah dia tu sampai bila-bila..so Y decide die nak duduk sampai kitorang kawin..aku okay je la..lagi pon dekat dengan tempat kerja aku dan Y..

Bila dah dapat rumah tak senang duduk la kalau dah tengok rumah tu kosong je..biasa lah perempuan..aku pon ape kurang nye..so bila di tolak bahagi darab tambah..aku dan Y decide sekali lagi nak beli perabot untuk rumah tu..so kira-kira dijalankan..kami juga berjalan mencari perabot yang murah2 je..aku nak cakap tak tahu.tapi korang tengok la sendiri..







Lepas tu,..bila dah ade perabot..tak lengkap lah pulak bila tak ada keperluan asas..peti ais dan mesin basuh..so sekali lagi decide cari 2 benda tu dengan harga yang murah dan boleh tahan lama..



Sebenarnya dalam masa kami mencari peralatan perabot rumah semua semua tu..kitorang dah buat keputusan untuk beli lagi satu kereta..dan kereta yang kami pilih adalah PERSONA ELEGANCE 1.6...so kami order sekali order plat sekali..nak bagi sama dengan kereta WIRA 1.5 yang ade sekarang ni la..
Plat wira tu MAR 804 dan plat persona tu JNB 8004...huhuh..nak ambil 804 jugak sebenarnya...tapi salesman yang uruskan kereta kitorang tu terlambat sedikit..so kami dapat la 8004 ni..hehehe...but ok la..dah ade 2 orang..so tambah la lagi 2 kosong..ikikiki..




So sekarang hidup kami dah cukup lengkap..seperti macam orang dah kawin...semua nya hasil perkongsian kami berdua..ALHAMDULILLAH YA ALLAH MELIMPAH RUAHKAN REZEKI kami..Lepas ni kami set untuk majlis perkahwinan kami sahaja..modal jugak tu..so perlahan-lahan la sekali lagi menyimpan duit..tak ape..tuhan tu maha kaya,..kita minta saja  dengan tuhan.tahu la lah tuhan tu nak bagi duit tu macam mana..usaha dengan tak usaha je la...

So kat sini aku nak sampaikan pada EX EX EX aku yang terbaca blog aku nukilan versi ramadhan ni..aku harap korang paha,..kenapa kita tak ada jodoh..kenapa tuhan tak letakkan kita ni tak ade jodoh..sebab nya korang sendiri leh nampak kan masa kita couple dulu...so korang pikirlah..kalau betol itu jodoh korang...tuhan akan permudahkan segala galanya..ingat...bukan wang yang memberikan kebahagian pada sesebuah hubungan..bukan kasih sayang dan cinta kita yang memberikan kebahagian perhubungan..tapi kerana cinta dan kasih sayang ALLAH s.w.t  tu la yang memberikan kita semua..kita cinta kan DIA..kita sayang kan DIA...kita akan dapat segala galanya atas dunia ni..semua nya kerana ALLAH s.w.t..bukan kerana sapa lagi...kerana ALLAH s.w.t...ingat kerana ALLAH s.w.t..















Dan kepada Y...teruskan mencintai ALLAH s.w.t...bukan menyintai aku yang hina miskin dan bodoh ni..kerana..kekayaan ku..kepandaian ku..keagungan ku semua nya ada pada DIA..hanya dia saja yang ada segalanya..Dan ingat dia yang menguruskan kita di atas dunia yang fana’ ni...mudah mudahan...tuhan akan permudahkan kita sekali lagi untuk menjalankan kewajipan kita untuk menjadi sepasang suami isteri yang sah...INSYAALLAH..


Thursday 4 August 2011

mEnCaR! kEaMPuNaN

Asalamualaikum pembaca semua..alhamdulillah...bertemu juga aku di bulan ramadhan ni..begitu juga dengan pembaca..masih lagi dipanjang kan umur untuk beribadat kepada Nya..aku memanjat kesyukuran kali ini kerana diberi limpah ruah cahaya dan hidayah nya untuk aku berkongsi di dalam blog ini..

Bulan ramadhan bulan yang mulia.bulan ini lah semua pintu syurga dibuka..kita hanya berperang dengan nafsu kita sahaja..tiada gangguan syaitan yang direjam..perang la nafsu itu sehingga kau sendiri leh kontrol nafsu kau dalam melakukan sesuatu perkara..sehingga kau sendiri boleh menakluki nafsu kau dengan akal fikiran yang tuhan kurniakan..dalam kehidupan seharian sambil menjalankan ibadat puasa ini..kita sering terdedah dengan ragam-ragam manusia disekeliling.kadang-kadang itu boleh merosakkan ibadat kita seharian..dari situ juga bermula lah untuk mengumpat..mengata..dan seangkatan dengan nya..

Kali ni aku nak ajak semua pembaca memohon keampunan dibulan ramadhan ni..kita manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan pada tuhan..antara sedar dan tak sedar je..biar pon dosa sekecil kuman tu pon masih dikira dosa.

Ambil satu cerita  : seorang sahabat diperhatikan oleh sahabat yang lain..sahabat ini selalu membuat solat taubat sebelom tidur nya..lalu sahabat lain bertanya.. Ya Sahabat..aku sentiasa perhatikan sebelom tidur mu..aku lihat dari luaran mu (zahir) sangat indah..bahkan kamu disegani ramai kerana ketakqwaan mu kepada ALLAH s.w.t ..tapi mengapa hampir setiap malam kamu bertaubat..apakah yang telah kamu lakukan seharian kamu..?

Lalu menjawab sahabat itu..kehidupan seharian aku tidak la begitu bagus..aku khuatiri setiap apa yang aku lakukan aku melakukan dosa tanpa aku sedari..kerna itu aku sentiasa bertaubat mensucikan diri aku tatkala malam menjelma..kerna aku takut aku berada dalam dosa.

Lalu fahamlah sahabat itu..

Pembaca sekalian..aku cuba menerapkan sesuatu pada diri sendiri agar sentiasa berada dalam keadaan yang bukan la terlalu bagus..hidup ini bukan la sempurna..tiada yang sempurna melainkan kesempurnaan itu sendiri..
Jadi dibulan ramadhan ini lah...kita mencari keampunan pada ilahi..bukan bulan ini sahaja..tapi bulan-bulan lain juga sama..cume bulan ramadhan ini lah bulan yang penuh dengan seribu rahmat.Banyakkan beramal..membaca al-quran..bersolat tarawih..berzikir..dan melakukan perkara perkara yang boleh menghapuskan dosa-dosa..beristirgfar..

Sama-samalah kita semua mencari keredhaan Nya..tuhan itu maha pengampun..tuhan itu maha berkuasa..segala galanya ada pada dia..yakinkan diri tu agar kita mampu meletakkan hidup kerana tuhan.