Sunday 27 February 2011

maafkan aku....

untuk korang berdua....
aku minta maaf kalau aku ni melampau..niat nak gurau2..tapi korang lak keep in touch..haha.lawak pon ade..tapi aku still serba salah..aku tahu korang berdua tak nak maaf kan aku..memang salah aku..aku ngaku..tapi aku tak niat nak MENG AIB KAN korang...padahal aku nak wish je...untuk meredakan kepanasan hati aku..tu je..tapi tu la...korang touching giler babi kat aku..tak ape lah..
untuk AMT17 aku tahu ko cakap aku ni lebih..ok tak pe..ganu dah cerita kat aku semua nya....ok..my fault..
untuk R...F... aku tahu tak kan maafkan aku...mungkin ko masih bengang ngn aku..same la juga ngn AMT17...
ape pon..AKU MINTA MAAF BANYAK2..kalau tak nak tegur pon tak pe lah....aku terima...mungkin aku akan kehilangan 2 orang kawan diatas kesilapan aku sendiri...
so bak kate orang... "tak leh gurau g surau" hehehehe....
k la...ape pon..aku minta maaf....korang leh gon ON ngn cinta korang.....aku takkan ganggu hidup korang lagi..silakannnnnnnnnnnn..........................!!

Friday 25 February 2011

g la mamposss....

attention to all readers........!!!!


this is my blog...so i can write anything what i want....!!!!


thank you...

Thursday 24 February 2011

seorang lelaki yang masih mencari diri sendiri

hari ni 25 februari 2011 jam 1.22 a.m..aku menulis catatan ini..


lepas julia marah aku..aku tersentak..thanks julia kerana membuat aku tersedar dari kehidupan yang penuh pancaroba ini...bukan aku tak pernah sedar dari kehidupan ini..dah terlebih sedar..tapi disebabkan nafsu yang membuak aku masih lagi mencari kehidupan di dunia yang tak ada apa-apa ni...aku sendiri tak tahu apa kemahuan hati aku ni..ntah la..sukar untuk aku tafsirkan dalam hati aku ni..hari ni aku dengar sendiri dari mulut roomate aku qayum..dia sound aku..ko ni betol buaya..tak pernah cukup apa yang ada..ko nak apa lagi..awek ko dah ada cun2 lagi..kenapa ko nak gak budak2 adtec ni..ape lagi yang tak cukup...SERIES memang aku terasa apa dia cakap..bukan aku nak bangga aku ni ade ramai awek..tapi aku sendiri tak tahu siapa dihati aku ni..ramai sangat la yang dah datang dalam hati aku ni..tapi semua ya seketika..tak ada yang kekal..semua nya sama...aku kadang2 mengkaji jugak...kenapa jadi macam ni dalam setiap hubungan aku..aku sedih..tapi aku sendiri dah ada jawapan nya..cume aku ni je yang bodoh tak nak ikut jalan tu..kalau aku ikut kompom semua nya takkan jadi macam ni..macam mana aku nak ubah diri aku ni..aku tak tahu nak minta tolong sapa dah..tuhan je yang leh tolong aku..tapi tempat yang aku leh pergi untuk aku kembali semula aku tahu..cume kaki ni masih tak nak pergi lagi.ntah la..


tiap-tiap malam aku merenung masa depan aku..merenung apakah yang akan terjadi lepas ni..dan timbul satu persoalan "bila aku nak mati....?" setiap hari aku berzikir setiap hari aku berdoa setiap hari aku bertanya pada tuhan..apakah yang Kau berikan pada ku..terlalu berat dugaan yang Kau berikan pada aku..aku tak daya nak menanggung semua ni...kenapa Kau jadikan aku sebegini didunia Mu ini..aku hamba Mu yang lemah Ya Allah..aku tak sanggup nak hadapi ini semua..Kau yang menggerakkan aku dalam melakukan segalanya.Tiada kuasa aku untuk menafikan segalanya..


Aku memang tak paham semuanya..aku tak faham dengan diri aku sendiri..semuanya yang kat dunia ni aku dah dapat..dan dah terlepas pon semua nya...apa lagi aku nak..ape lagi yang aku cari..aku pon faham..ak jadi bengong..bengong sangat2...kenapa aku jadi macam ni..padahal jalan dah ada didepan mata..kenapa aku tak ikut jalan tu..kenapa ya allah..Aku merayu pada mu Ya Allah..jauhkan lah aku dari segala yang membinasakan aku Ya Allah..


Bile la aku nak abis belajar..aku dah fedup dengan keadaan di sini..aku memang tak suke dah dok kat sini..aku nak kehidupan baru..aku dah fedup..hanya ada bebrapa bulan lagi untuk aku meneruskan sisa-sisa kehidupan kat tempat aku belajar ni,...kalau ikut aku memang aku tak nak dok sini lagi..aku nak pergi ke suatu tempat yang boleh aku kembali kepada diriku yang sebenar....tolong la aku Ya Allah...

ke puncak Gunung Ledang (Siri 2)



sambungan dari Siri 1 :


siri 1 aku menceritakan mengenai ketibaan kami disana.jadi macam2 yang berlaku pada hari pertama tu..apa pon semua nya berjalan dengan sempurna dan baik..alhamdulillah..
So dalam siri 2 ni aku nak menceritakan aktiviti kami pada hari kedua..bermula dari kami celik mata hinggalah kami tutup mata semula..hahaha...hari kedua adalah hari kami mendaki ke Puncak Gunung Ledang.....


Jam 6.15 pagi
4 Februari 2011


sayup ditelinga ku kedengaran suara Man menjerit "woiii...bangun..cepat..nak packing barang dah ni.."   huuu..terkezut aku...Man mengejutkan aku dan yang lain untuk bersiap2 mengemas barang..Untuk pengatahuan,..kami memang hendak bersiap awal..untuk kami mendaki awal pagi itu..jadi setelah semua bangun..ada yang mandi ada yang tak mandi (termasuk aku) siap2 mengemas beg masing2..khemah diruntuhkan satu persatu..disimpan semua kedalam beg.setelah selesai mengemas..kami semua ke dapur menyiapkan sarapan..(ade ke sarapan..??) Beberapa orang mengeluarkan semua makanan yang ada didalam beg dan dibahagian dapur..di longgokkan diatas meja..aku pon tak pasti apa yang ada masa tu..ape yang aku nampak hanya lah meggi kari 5 bungkus besar..huhu..jadi kami semua bersetuju untuk masak separuh dari semua meggi dan dijadikan sarapan pagi itu..separuh lagi dibawa untuk bekalan semasa perjalanan mendaki nanti.





































Jam 8.15 pagi


Setelah selesai semua barang2 di simpan di dalam kereta kami terus pergi ke bahagian pentadbiran untuk taklimat sebelom mendaki..Sebelom taklimat bermula kami diminta mengisi borang peralatan..di mana dalam borang itu kami mesti menulis setiap semua benda yang kami bawa termasuk pakaian yang di pakai.Ini bertujuan untuk memastikan kesema benda dan peralatan yang kami bawa naik mestilah cukup sehinnga kami turun semula..termasuk plastik bekas makanan dan puntung rokok yang dihisap..penjagaan kebersihan alam sekitar amat diutamakan semasa pendakian di sana.Semasa taklimat kami diterangkan perjalanan yang akan kami lalui..kami juga akan diikuti dua renjer @ guide untuk mengetuai pendakian kami hari itu..Selesai taklimat kami melakukan senaman ringan..Ia penting untuk urat dan otot2 yang hendak digunakan semasa pendakian nanti..jadi pemanasan badan hendaklah dilakukan terlebih dahulu..(budak sukan la kate kan).


isi borang dulu




























taklimat dulu



ajad merenung nasub kejap apa nak jadi lepas ni..

sebelom mendaki posing dulu...




Jam 8.45 pagi


selesai semua senaman..kami terus bergerak...maka bermula lah satu pendakian yang agak menarik.
Untuk permulaan pendakian kami perlu menaiki 700 ++ anak tangga untuk sampai ke Check Point 1 (CP 1)  untuk sampai ke CP 1 tu mengambil masa 30 minit dari bawah..aku rasa macam orang gila jap bila naik tangga tu...cukup curam tangga nya..huu..series mmg giler..
Check Point satu dinamakan BUKIT SEMPUT..memang semput giler ko nak naik..abis je tangga kene lak daki sikit guna tali untuk smpai bukit semput tu..huhu...totally semua semput..







selepas rehat di CP1..kami meneruskan pendakian kami untuk naik ke CP2..so perjalanan ke CP 2 memakan masa satu jam..agak gerun bila dengar..tapi nak buat cam mano...rodah ajo laaa....semasa perjalanan ramai jugak kawan2 aku yang menyesal ikut..tapi nak buat cam mana..da telepas kat atas tu...takkan nak turun balik..layan je la..so semasa dalam perjalanan tu macam2 la yang dibual kan..untuk mengelakkan rasa penat..
CP2 dinamakan BATU ORKID..tempatnya lapang..ade kayu balak besar..setibanya kami di CP2..huuu alangkah best nye rasa...cucuh rokok sebatang..(adegan tidak sihat)..lepak atas kayu..hahaha..minum air 100 Plus..











tanpa melengahkan masa..kami terus kan pendakian kami ke CP 3 yang dinamakan LALUAN KIJANG..perjalanan kali ni mengambil masa selama 1 jam 30 minit on fit..apa yang menarik perjalanan kali ni cukup mencabar..pendakian bukit dari 45 darjah hingga 65 darjah..memang tip top laluan nye..tapi not too bad la..semua kawan2 lepas dengan jaya nya..haha..
sampai je CP3..terkujat jugak la.ada batu besar..batu tu saiz nya da macam kapal..tinggi satu tingkat banggunan je la..heheh..tapi memang bosar....tempatnye tak ada lah besar mana..tapi ok la..tempat yang sesuai untuk baring rehatkan badan seketika..











































di CP3 ni kami berehat lama jugak laa..sebab perjalanan yang agak mencabar keimanan satu hal..so jadi lambat la..bila semua dah sampai kami baru perasan Aslimi tak sampai2 lagi..hahaha..lambat betol garing ni..then dia pon muncul selepas 10 minit kami berehat..kami menanbah masa rehat lagi 5 minit untuk aslimi..bukan apa,kami difahamkan oleh guide yang mengiringi kami..perjalanan kali ni lebih lama..mengambil masa selama 2 jam on fit...kami tidak singgah di CP4..kami terus potong ke CP5..so di CP5 sana adalah SUNGAI TIGA SEGI..tempat kami refill air minuman kami...so bile dengar air..semua kelam kabut..nak air nak air..biasalah..air gunung kan sejuk..so memang sodap la tengah2 penat di minum...huuu.....




  






semasa di CP5 ni..kami semua menarik nafas lega..huu...mana tak nya..perjalanan 2 jam lebih tu...jalan kaki lak tu..kalau naik moto ker kereta ke tahan la jugak..dengan mendaki nya lagi..masa ni dapat ayor memang tak ingat dunia..baca bismillah terus benam kepala dalam air..time ni baru betol "sambil menyelam minum air"  hehehe...kitorang kat sini lama jugak la..nak rest betol2..sebab kami dipaham kan laluan seterusnya adalah laluan K.F.C...laluan KILLER FITNESS CENTRE..


so masa kat sini memang giler...memang giler killer punye bunuh fitness aku..menguji minda..menguji fizikal..sape yang tak kuat tu semua mental down..memang surrender la..kat laluan ni memang aku tak pandang belakang dah..sebab aku nak try fitness aku..power ke tak stamina yang aku ada ni.....tapi ternyata..aku tewas di sebahagian part bukit yang giler punye tegak..aku kalah..hahahaha..


   


masa kat laluan ni memang x banyak gambar.sebab masing2 penat dah..semua dah x larat..aku pon tak sempat ambil gambar...terlalu fokus sangat kat perjalanan..hahahah..memang lame kitorang kat laluan ni..aku yang leading pon terasa lame..memanjat sane memanjat sini,...huuu...gile..aku pon tak kire lak berapa jam perjalanan untuk sampai ke check point seterusnya..


CP 6 yang diberi nama GUA KAMBING..huhuhu.gua la sangat..gua sikit je..tapi ok la..nak lepas gua tu kene memanjat gak..kat sini aku tunggu kawan2 aku kat belakang lame gak la..dan 2 batang rokok aku abis..heheh


 



 


sepanjang perjalanan ni kami memang kene memanjat bukit dan juga mendaki bukit..semuanya bukit 75 darjah..memang giler...destinasi kami seterusnya ialah LALUAN TAMAN BONZAI...tapi nak sampai ke laluan taman bonzai ni...ada satu yang membuatkan aku teruja dengan ciptaan tuhan...memang cantik..indah..ciptaan tuhan yang sangat indah..tapi aku dapat shoot foto ni dalam keadaan yang agak merbahaya..tapi aku puas hati..








































ni lah fotoshoot yang dapat aku ambil menggunakan sebelah tangan sewaktu aku tengah menaiki batu hampar ni...


keindahan tuhan yang tak dapat aku gambarkan..
lepas je bukit ni kitorang terus sampai kat laluan LALUAN TAMAN BONZAI...memang sejuk tempat ni...tido memang best..dingin je..macam duduk dalam aircond..tapi ni aircond ciptaan tuhan..seronok..sejuk je.kat sini aku berposing puas2...sama la ngn ajad..posing puas2..ambil gambar ramai2..













































so lepas kami lepak kat sini agak lame...kami meneruskan perjalanan kami ke CP7 yang dinamakan BUKIT BOTAK....kami sangka kan di sana pemandangan lagi cantik..tapi kami kecewa..huhuhu...bukit tu memang botak..kuikuikuikuikuikuik....kami dipaham kan CP & adalah check point yang terakhir untuk meneruskan pendakian kami ke puncak Gunung Ledang....
TAPI...........kami kecewa..kerana kami tak dapat meneruskan pendakian kami..kerana difahamkan pihak Kerajaan Negeri Johor bahagian perhutanan telah melarang setiap pengunjung @ pendaki naik sampai ke puncak..ini kerana faktor cuaca dan beberapa faktor yang tertentu..


Dalam perjalanan ke CP 7 ni...Qamar telah menghadapi armstring..kesakitan yang teramat sangat..sampai dia menjerit sekuat-kuat hati nya...huuu...satu gunung dengar baiii.....heheheheh...kat sini kitorang rest lame...dalam 15 mint...siap sempat tido lagi..penat kot..ditambah lak dengan pertu lapar....huu,,memang lapo...mane tak nye...pagi makan megi je kot...

















qamar injured






































so setelah semua nya puas berehat...kitorangp pon gerak untuk turun ke bawah..dalam perjalanan turun ke bawah ni kami semua menarik nafas lega............


sambung Siri 3......

aku melepas kot :-(

maaf sape yang bace ni...hurmm...
aku memang tujukan penulisan ini kat seseorang..sape yang terasa dia lah orang nya..
memang dah lama aku suka kat ko..aku pon dah pernah tanya kat ko...pon dah pernah usya ajak kapel..tapi ko suruh aku hold ko..tunggu dulu..ko kate hati ko masih ada dia..ok xpela...aku tunggu..
ermmm...than ada suatu hari tu aku tanya..sampai bila nak cam ni..then ko boleh tanye aku balik..aku series ker nak dengan ko??
wahhhhh...agak selama ni aku main2 ke aku tegur2 ko..aku layan ko kat FB....pergghhhh...terasa giler aku..
aku tahu perangai aku giler2...kalau tengok aku ni memang jenis macam tak series...tapi ada part yang aku main2 tu la yang paling aku series....part yang aku series tu la aku main2..
tak pe lah....dia mana nak kenal aku...ermmm....so sad....
then malam ni aku layan komen2 kat status ko "3 hari 2 malam" syok..memang syok...last last tak syok...
memang aku ingat ko dengan dia just kawan biasa..tapi aku terasa macam dia nak ko tunjukkan kat aku sapa dia pada ko..
ermmm.....kecewa baii.......!!! kawan aku gak yang agak baik gak ngn aku..selalu bergurau ngn aku..ermmm....eh....BODOH seyy aku ni...apa yang aku melalut ni..apa yang aku take feel ni..kenapa aku toching ni..kenapa..
SEBAB........aku memang tunggu ko sampai hari ni..aku memang tak msj ko macam laki lain yang ko kenal..ayat macam nak rak..aku cakap sekali je..aku akan tunggu ko....
tak kan ko lupe...
even kalau ko nak dia pon..ko bagitau la aku awal...cakap "sy tak leh terima awak..maaf la.."
salah ke ko bgtau aku....wei aku mental fit la...yang penting jangan buat aku macam tunggul..tu je...
aduhhhhhhhhhhhhhhh......sakit mata terus aku tengok ko kat FB tu...
tolong la...dulu ko dah cakap dengan aku suh tunggu ko..tapi ko lupe tu kan...tol x?
ko lupekan...ermm....
ok THANKS R.......F........
semoga kau bahagia dengan dia...aku undur diri awal..memang aku tak layak untuk ko.ok..thanks untuk semua nya...
bye...  :-(  :-(  :-(

Tuesday 22 February 2011

jeles nye aku...

jeles jeles.....kenapa la perasaan jeles aku ni membuak2 hari ni..aku pon tahu nak cakap macam mana..
tadi petang aku turun padang..macam biasalah..main ragbi.cume hari ni aku ade Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup Adtec Shah Alam..so aku jadi reff hari ni..
sampai je di padang aku jumpa geng BFF aku dulu..dalam BFF aku ni ade la sorang lecture kat Adtec ni jugak merangkap senior aku dulu semasa pemain johor dan merangkap coach aku sekarang..
then...jumpa la...masa tu dia tengah berbual dengan 'KeDah' teammate aku jugak..
sampai je aku kat diorang aku dengar la perbualan diorg tu..
ape yg aku paham dari perbualan diorg ni aku rasa En.Akmal @ BFF @ Coach aku ni tengah bagitau kat KeDah yang ada jurulatih Selangor panggil dia untuk wakil SUKMA SELANGOR..
wahhhhhh.....aku terkujut...geram ada..jeles ada..tapi aku buat cool je..aku terus sampuk perbualan diorg..so aku cuba bagi semangat kat KeDah supaya pikir dan terus kan jiwa ragbi ni..
Pada malam tu pulak..masa aku tengah berFACEBOOK aku msj IM die..

aku : betol x aku cakap kat ang smlm

kedah : aku pon baru tao td

aku : so now ko cam ne

kedah : blh ja,,nak try cari pgalaman..mcm na nak ambik gambr dlam slrc 2 ha

aku : copy ja la..ok..bagus la..klau ko g sana jgn lupe bawa nama adtec.hahaha

kedah : jd kcik la

aku : ang nak amik yg mana

kedah : kta p sama la..aku pyah p sowg2 ni

aku : nk p sama mcam mana..ang dah perform depan diorg...diorg da tgok ang..diorg x tgok aku lagi..mcm mana diorg nk tgok aku

kedah : takpa ada second game kat uniten nanti

aku : mmg la..tgok ja la macam mana

kedah : ang buleh punya..

aku cuba bagi cool jiwa aku ni..walau macam mana pon aku kene ingat semuanya ada persaingan..kerja belajar bersukan..semua nya persaingan..tak semua apa yg aku harap kan..apayg aku nak akan tercapai..tuhan maha adil..aku redha..
memang telah diakui ramai KeDah main memang bagus...aku tak leh kata apa...aku pon cakap dia bagus..the best player in my team..
ni semua persaingan sihat..aku kene ingat ni semua..
apa pon TAHNIAH la aku ucap kan pada kawan ku KeDah..
aku jeles cara baik bukan cara jahat kedah...hahahahahaha...

Sunday 20 February 2011

aku semakin tak paham..

kenapa ye manusia sekarang ni suke sangat cakap belakang..aku tak paham la..korang kalau tak puas hati cakap depan-depan ngn aku..aku leh terima la weii.....!! aku tak pandai mencarut..tapi tolong jangan ajar aku mencarut..
aku kadang2 tertanya-tanya kenapa tuhan ciptakan korang ni jenis suka ngate belakang..dosa ko tau x...nak kutuk depan2 je..mental aku fit laa weii...untuk lelaki tu kalau dah tak puas hati sangat...nak ajak 0ne by one pon leh laa...aku tak kisah..langgor kan je..untuk perempuan tu kalau dah tak puas hati sangat datang jumpa aku senaraikan apa yg korang tak puas hati kat aku..aku akan present depan korang satu2..kalau tak jalan gak baru kite one by one..
ehhhhhhhhhhh....BODOH la korang ni,..aku tak pernah ngutuk korang belakang korang la..apa masalah ko haaa......?????
cer cite....cer cite....
ishh....betol la aku memang tak paham..apa yang aku paham Tuhan memang ciptakan ko dah memang macam tu..
"ya allah..kau ubahkan lah sikap mereka ini ya allah.."

dia nak buang aku..???

jam 8 : 19 : 54
mesej dari : juliakmar

Dah bace blog awk..ntah nape tiba2 jadi rindu pada awak..tapi bile bace blog tu hati jadi sedih..saya ni antara awek2 awak yang tak terkira banyak nya..pelik jugak kalau tu dinamakan setia..siap ada skandal lagi..
tak apalah syukur pada tuhan kerana bukakan hati saya untuk baca blog awak sekali gusbuat saya yakin untuk terus pergi jauh dari hidup awak.
awak tak tahu betapa saya sayangkan awak..tapi semua tu dah berakhir..terima kasih awak..saya minta buang nama saya dalam senarai tu..mengenali awak adalah benda yang paling bodoh dalam hidup saya..baik konon..bertaubat lah awak..

jam 9 : 00 : 24
dari blog juliaakmar (milik siapakah hati ini)


SETIA KONON...

LAWAK LA RASE BILA BCER BLOG DIE...PART YG PLG XTAHAN DIE BOLEH LAK LISTKAN SEMUA AWEK2 DIE...NAMA AKUPUN ADA...BENGONG BETUL...GLER KE APER DIE 2...
XTAHULA CMNE AKU NK REACT...NK MARAH...MENANGIS?NTAH...
YANG AKU TAHU AKU HARUS SEGERA LUPERKAN DIE...SEBELUM HATI AKU TERUS DIDERA...YA ALLAH KENAPA KEJAM BETUL DIE PDKU...

jam 9 : 14 : 32
dari hati aku

Dia memaksa aku untuk lepaskan dia...lupekan dia..jauh dari hidup dia..aku memang x sanggup untuk lakukan itu..walaupon die benci sangat kat aku..tapi aku harap dia tahu..dalam sudut hati ni masih ada dia..aku tau memang aku x sebagus lelaki kat luar tu..memang..!! aku ngaku..tapi aku ada hati..aku ada perasaan..


" jangan ingat saya akan berkabung untuk lelaki macam awak"

panas jugak mata aku baca mesej dia ni..tapi ini lah kenyataan nya..aku redha..aku ngaku julia..memang salah aku..memang aku yang mulakan semua..memang aku PUNCA segalanya..tapi kalau kau nak aku pergi jauh dari hidup kau..aku bukan tak boleh..tapi aku x mampu..terlalu banyak pengalaman pahit manis suka duka kita lalui..semua tu masih segar dalam ingatan ini.
ape pon...aku minta maaf kat kau julia..aku tak ada kredit untuk kita sambung mesej malam ni..lagi pon aku baru balik dari game kat padang utara..
now apa yang aku mampu cakap..aku minta maaf banyak-banyak...dan aku tak mampu untuk lepas kan kau pergi jauh dari aku..biar lah masa dan keadaan menjadi pemisah kita jika itu yang telah Tuhan letakkan pada hubungan ini..bukan kehendak dari hati kau dan aku..sebab itu aku diam sampai sekarang..maaf kan aku julia akmar bte mansor.

in memory

Saturday 19 February 2011

ke puncak Gunung Ledang (Siri 1)

asalamualaikum semua....

kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku mendaki gunung ledang..pengalaman yang manis dalam hidup aku.syokkk....hehe..trip kali aku g tanpa dirancang teperinci..walaupon terancang pada last minit tapi akhirnya menjadi..x sangka..hehe..sebenarnya Ajad yang ajak aku g..sebab kate nya aku orang segamat..so tahu la jalan g sana..aku pon x sure aku leh g ke tak masa tu..ye lah takut ade game..so kene la g game..dengan izin tuhan aku dapat jugak pergi..seronok giler masa tu..aku rasa group kali ni berbeza..sebab semua orang au x kenal..yang aku kenal Ajad sorang je la..merangkap kawan baik aku..dan aslimi merangkap classmate aku..die nak join jugak..hehe..yang lain2 semua kawan Ajad..tu pon berapa kerat je..selebihnya kawan atas kawan..x kisah lah..asalkan semua nya satu kepala..trip ni di sertai oleh 13 orang..semua lelaki..kitorang pergi masa raya cina tahun ni la..3 dan 4 hb februari 2011..bermula cerita dari pagi tu..

3 hb Februari 2011
Jam 6.30

Ajad dan Aslimi datang ke hostel aku naik kereta waja untuk jemput aku..so aku lepas solat subuh terus angkat beg yang dah siap packing turun masuk kereta..kami terus ke rumah kawan Ajad..iaitu rumah Fariz..sampai sana dekat rumah tu ada Man sekali..so kedua2 nya aku baru kenal pagi tu..sementara menunggu kawan2 lain..mak Fariz suruh masuk dalam rumah dulu..sarapan katenya..dalam hati aku.. "fuhh..lega..murah rezeki pagi2 ni.." masuk rumah mak dia hidangkan karipap dan nescafe..layan jugak la..karipap panas pagi2 buta..
sedang kami berbual Fariz bersuara memberitahu bahawa sebuah kereta telah pergi dahulu jam 5 pagi tadi..dalam kereta tu ada 5 orang x silap aku..tu kawan Fariz la..diorang dari Wangsa Maju..kerana tak sabar..diorang gerak dulu..hehehe


Dipendekkan cerita,kitorang gerak dari Subang Jaya jam 9.00 pagi..2 biji kereta.yang bersama kami selain aku Ajad,Aslimi,Man,Fariz ada lagi tambahan Qamar,Abdul Kadir Iqbal dan Jim.

Jam 11.30 pagi

pintu masuk ke bahagian Pentadbiran Gunung Ledang
Kami selamat sampai di Gunung Ledang Pintu B..setibanya kami disana kami menemui kawan2 yang sampai jam 8 pagi tadi..iaitu kereta yang gerak 5.00 pagi tadi..so bermula lah perkenalan aku dengan mereka yang terdiri daripada Din,Daus,Dak Ous,Fakri dan Black..mereka semua ok..sporting..so aku bertambah seronok la bila jumpa kawan baru macam tu.'



Setelah berjumpa dengan bahagian pentadbiran Perhutanan Gunung Ledang,kami tidak boleh mendaki pada waktu itu kerana sudah lewat..waktu yang paling lewat untuk kami daki adalah pada jam 9.00 pagi..so semua nya hampa dan kecewa..huhu.
Kami mengadakan perbincangan ringkas bersama 13 orang tadi untuk mencari satu keputusan.Setelah ditolak tambah bahagi darab kami mendapat kata sepakat kami akan bertapak di kaki Gunung pada malam itu.Keesokkan pagi nya kami akan daki Gunung Ledang.



Jam 12.45 tengahari

Kami selesai mendirikan khemah dan segala kelengkapan dan peralatan dapur telah disiapkan..TIBA TIBA..........ada satu suara berbunyi,.. "kalau macam ni bekalan makanan kita tak cukup untuk sampai esok petang"
masing2 ternganga...aaaaaaaaa.............kami terus bekumpul mengadakan perbincangan ringkas..
Persetujuan telah diperolehi..aku diarahkan untuk pergi ke pekan terdekat membeli makanan.apa yang kami  beli? hehehehe
kami beli ayam 2 ekor dan persiapan untuk but BarbeQue..huhu..suprise giler..walaupon kelam kabut..tapi masih selera tinggi..hahahah..

mendirikan khemah
khemah dah siap...






Jam 2.35 petang

Aku tiba semula ditapak perkhemahan berbekalkan ayam 2 ekor..aku melihat kawan2 lain sedang nyenyak tidur..aku menyangka mereka telah penat bermandi manda dan kelaparan menunggu aku dan Ajad pulang dari pekan..Aku menggerakkan Man bangun untuk masak tengahari.Dengan berbekalkan beras 8 cupak dan sardin 5 tin...itu sajalah makanan tengahari kami 13 orang..Aku dan Ajad pergi mencari kayu api dibelakang kawasan khemah..di ikuti Din,Aslimi dan Qamar..


man nak masak












kayu api



Jam 3.20 petang

Siap semua makanan tengahari..aku dan Ajad kejutkan semua rakan untuk bangun makan dan solat zohor.Aku,Man,Ajad dan Aslimi tak makan..simpan dulu sebab aku dengan diorg nak g berendam dulu dekat air terjun atas..hehe..nanti dah berendam mesti lapar..so lepas tu baru makan..bijak bijak..Aku dan diorang  terus naik ke air terjun atas..tak sabar rasanya nak sejukkan badan..huhuh..memang best..ku sangkakan aku berempat sahaja yang hendak pergi mandi di air terjun..rupenya semua pergi sekali..tapi diorang da makan dulu..haha.memang best la kan..







Jam 7.00 petang

Dah penat mandi..penat main kat air terjun kitorang pon turun balik ke tapak khemah.sampai ditapak khemah..Man dan beberapa orang lain terus menghidupkan unggun api untuk malam itu.Persiapan BarbeQue untuk malam itu pon telah disediakan oleh Fakri selaku Chef kami dan Chef di sebuah hotel..Makanan untuk malam itu hanya ayam barbeQue dan kentang panggang sahaja..cukup la tuu....jimat jimat..haha..

kentang panggang



Jam 8.45 malam

Selesai solat jamak magrib dan isyak..kami bersiap untuk makan malam..saat-saat yang dinantikan hampir tiba..hahaha..makan ayam BarbeQue di hadapan unggun api yang besar..berjemaah..best je time tu..lepas makan..kitorang lepak..kenal mengenali satu sama lain..bercerita tentang kerjaya masing-masing..berkongsi ilmu yang ada.Semasa tengah lepak tu..ada yang mencadangkan untuk berjalan malam disekitar hutan..wauu...satu aktiviti yang menarik..so aktivit itu dirancang pada selepas jam 12 tengah malam..haha..ngeri kan..sementara menunggu jam 12.oo tengah malam kami pergi ke bahagian pentadbiran Perhutanan Gunung Ledang bermain ping pong..hahaha..
































Jam 12.30 tengah malam

Apabila melihat jam pada waktu ini..ramai yang telah menguap..ye lah..tadi petang mandi sakan..mane tak penat nye..tapi bagi mereka yang ingin kan suasana perjalanan malam ditengah hutan,mereka tetap juga menunggu..tapi ada juga yang menarik diri kerana terlalu mengantuk..jadi  yang menyertai aktiviti ini hanyalah beberapa orang sahaja..
Setelah bersetuju kami tetap meneruskan aktiviti berjalan malam ini..aku dan din berada di hadapan sekali..haha..berani tak abg..? kahkahkahakah..nak kate berani tu tak ada lah..tapi dah nama lelaki kan..mestilah kene berani..hahahah..
Perjalanan kami menuju di air terjun yang kami mandi petang tadi..tempat yang agak jauh dari tapak khemah.terpaksa menaiki anak tangga yang banyak..Setibanya disana kami tidak kelihatan apa-apa melainkan kedengaran cengkerik malam dan deruan air terjun yang jatuh menghempas di batu..perjalanan di teruskan ke atas lagi..
TIBA-TIBA....di suatu simpang yang mempunyai papan tanda "ke puncak Gunung Ledang - 5 jam"... kami semua tertanya2..apakah kami mahu pergi menaiki atas lagi..? Lantas aku memotong khayalan mereka dengan mengajak ke jalan lagi satu iaitu menuju ke belakang kawasan pejabat pentadbiran..Aku mengajak kerana aku tidak mahu perkara yang tidak diingin berlaku pada malam itu.. :-)

Jam 1.45 pagi

Kami tiba kawasan pentadbiran semula..ternampak sebuah cafe yang masih terbuka..kami singgah dan minum malam sebelom pulang ke tapak khemah..Selesai minum kami pulang ke tapak khemah dan terus berlabuh dikala malam semakin menghitam.......



bersambung di Siri 2....