Sunday 27 March 2011

pengsan @ pitam...???

Asalamualaikum semua..huhu..sepatutnye ni aritikel untuk MY PROPOSAL..but...ade sesuatu yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama..hehe..lawak ada..sedih ada..sakit hati ada..gumbira pon ada..semua ada..hehehe

Nak dijadikan cerita..26 & 27 Mac 2011 aku telah pergi ke Kejohanan Ragbi Jemputan UKM 10’s..aku main untuk team X-SAAS..di invite melalui coach aku Kumal..then team manager oleh Ayis rakan sepasukan ketika bermain dengan SDAR LIONS..agak menarik..event yang aku nanti2kan..tahun lepas aku main bawa team sendiri SERUC..so invitation aku n kawan-kawan lain.bawa mai dari segamat..so far...tahun lepas main sampai separuh akhir SHEILD..untuk tahun ni..tak tahu lagi..kini aku dapat join UKM 10’s 2011..
so..set mind for perform the best..

So aku tak nak cerita panjang la..sepanjang kejohanan ni..aku main last back..tapi kadang2 main untuk line jugak la..aku sendiri pelik..kenapa game kali ni aku xleh nak perform main last back..aku sendiri mencari-cari jawapan tu..banyak mistake kat aku..tak tahu lah..then..aku terus mencuba dan terus mencuba..

Sehinggalah tiba diperingkat separuh akhir kategori Plate..tak sangka aku..strenght tak strenght team aku ni leh jugak naik kat Plate..aku direhatkan seketika sebab Ganu (izaan) gantikan tempat aku..main punya main..masa tu tak silap aku..X-SAAS  vs  MACROBA kot.aku pon lupe..heavy game juga laa..dua-dua  strenght..sampai la dah dapat try...7 – 0..ada harapan untuk menang.. J

Separuh masa kedua aku dimasukkan mengantikan tempat outside line..aku tersenyum..mungkin ini peluang untuk aku pergi out run..haha.so aku bermain la macam biasa..sampai satu part tu aku buat mistake..aku nak interstep bola tu..then bola tu knock-ON..so reff bloww faul aku..
masa tu Ayis marah aku.. “jangan buat macam tu..rugi..!!”  
aku mengangguk paham..bila openen dah on game..aku pon pergi lah nak takcle mamat yang pegang bola ni...
bila aku tackle je .......................................................tutt...................................................................................tutt................................................................................................tutt.................................tuuttttttttt............................................
(aku langsung tak tahu apa yang berlaku,sehinggalah aku sedar aku berada di tepi padang dalam keadaan terbaring..)

Series memang aku tak tahu apa yang berlaku kat aku masa tu..diorang kata aku pengsan masa tu..aku ingat mungkin cuaca panas sangat..game pukul 3 kot..matahari terpacak..huhuhu..tak pernah aku alami situasi macam ni..then aku dapat berita team aku menang..alhamdulillah..rezeki kitorang masuk final Plate..so semasa breiffing kat tepi padang..teamate lain semua tanya kenapa dengan aku..aku just boleh jawab “aku tahu apa yang terjadi..series..!!”  diorang ketawakan aku..then aku terus ambil hp aku..msj Doktor Personal aku..aku tanye kenapa aku jadi tak ingat apa yang berlaku..so the answer  “u langgar mamat tu..kepala u terhentak pada sesuatu yang keras..otak u bergegar..dengan faktor badan u yang kurang air..ur body akan down terus..tambahan cuaca panas terik juga faktor u pengsan...”  so baru aku paham.. sampai lah disaat aku menulis blog ni..aku masih mencari jawapan apa yang berlaku dipadang petang tadi..

Semasa aku hasilkan blog ni, aku dah ok lepas recovery all my memory ..harap-harap ok la..walaupon aku masih blurr blurr lagi..aku masih boleh berfikir.hehehe..thanks ALLAH s.w.t atas segalanya..team aku kalah dengan team Sukma Terengganu di Final Plate...so dapt jugak la Naib Johan Plate..ok la tu..ade medal..tapi aku tak sempat nak tangkap gambar medal nak letak kat sini..sorry geng..heheh...then masa nak balik tu aku mencari sesuatu yang amat penting bagi aku..boot adidas predator aku..fuhhh...hilang...!!! aku just mampu tersenyum..kasut aku tu dah koyak sikit..kenapalah pencuri tu nak jugak..heheh..so apa yang aku leh katakan..DIA dah bagi aku medal ni so DIA ambil balik kasut aku tu..hurmm...aku redha je la...

So for all readers..enjoy ur life..wassalam..

Wednesday 23 March 2011

dah berakhir,kini bermula semula

Asalamualaikum semua..dan selamat sejahtera..aku tahu ada yang menantikan aku menulis artikel aku ni..hehehe..tak apa..aku tulis kan special untuk dia.

So now aku dah selesai sesi pembelajaran kat ADTEC SHAH ALAM ni..agak lega juga la.seronok ada..sedih pon ada..final projek aku pon dah berjaya.tapi tak tahu lah..dapat markah berapa.aku dah cuba sedaya upaya aku untuk menjayakan nya..walaupon aku selalu buat hal kat bengkel..datang lambat..datang ikut suka hati aku..bukan itu kemahuan aku..tapi itulah terpaksa jasad aku terima..ALLAH s.w.t yang menggerakkan aku begitu..even setiap masa aku berdoa untuk berubah..hurmm..im so sorry to DIN  & AJAD..macam BOSS selalu cakap..aku ni tak ada komitmen dalam kumpulan.ye..aku terima..

FIRSTLY :  Dalam menuju kejayaan di ADTEC ni..macam-macam aku lalui..KEKECEWAAN DAN KEGAGALAN tak pernah lekang dari sesebuah kehidupan.satu persatu yang mendatang aku hadapi dengan tabah..aku alih kan segalanya kepada satu tumpuan aku : final projek aku..sebulan terakhir aku di sini..ade kegembiraan yang mendatang pada aku..ada kesusahan yang mendatang pada aku..aku terima dengan redha kedua-duanya..tuhan maha mengetahui..

Untuk pengatahuan BOSS..kenapa aku selalu tak masuk pagi..apa aku buat malam-malam? Kenapa aku tak bangun pagi..Boss..jangan sama kan aku dengan orang lain yang Boss kenal..setiap hari pada tengah malam aku bangun memohon kererdhaan daripada tuhan..memohon keampunan kepada tuhan..memohon segalanya apa yang aku mahu kan di akhirat nanti..baru lah aku memohon kejayaan di dunia yang hina ini..itu lah yang aku buat setiap malam sehingga pagi buta..IM SO SORY Boss..dont keep in touch..just tell u.

KECEWA :  So..aku pon buat tak tahu je la dengan keadaan diri aku.malas nak pikir.semakin dekat aku ke penghujung ADTEC semakin banyak yang datang untuk menguji keimanan aku..Seorang gadis..yang tak boleh menerima perjalanan dan cara hidup aku..pergi dari hidup aku.tak pa lah..mungkin tuhan dah letakkan takdir aku dan gadis tu macam ni..aku redha menerimanya..

GEMBIRA & KECEWA  : Then..satu hari aku dapat panggilan dari sape ntah..katanya minta aku datang untuk pemilihan ragbi SUKMA SELANGOR 2011...Wahh..terkujat aku..hati ni melonjak kegembiraan..impian aku cerah kembali..dah 5 tahun aku tak pergi pemilihan SUKMA negeri..dulu main SUKMA Pahang..so aku nekad..aku nak pergi jugak walaupon masa aku dapat panggilan tu aku baru sahaja jejakkan kaki di johor bahru untuk majlis perkahwinan pak cik aku..esok nya aku kene balik KL semula untuk pergi pemilihan itu..hati yang berdebar..semangat yang berkobar-kobar..Pagi keesokkan harinya,jam 10 pagi..aku menerima panggilan dari Pejabat Kesatuan Ragbi Selangor..bertanyakan tentang detail peribadi aku..diakhir perbualan : “saya minta maaf ye hazrul..saya tak perasan i/C  awak dah 23 tahun..untuk sukma tahun ni kami perlukan pelapis 21 tahun kebawah..”    Fuhh..tuhan saja yang tahu kecewanya aku pada masa tu..masa tu jugak hati aku terus berkata..tuhan tak bagi aku main la tu..mungkin ada sebab nya dan hikmah nya..so aku pon redha menerimanya..

SEDIH & KECEWA :  After that..aku tergerak nak msj someone ni..saja tanya khabar..orang ni aku pernah motivasi kan dalam mencari perjalanan kehidupan  yang lebih bagus..so aku harap dia lebih bagus la..bile aku tanya dia kat mana? She said : “now i with my bf get luch together”  aik..aku pelik..bukan ke hari tu die yang beria cakap kat aku dah tak nak ada lelaki dalam hidup dia..so aku tanya lagi..” u have a special boy freind???” the answer : “yess,memang ada..but sebelom ni parent die tak terima i..so now parent dia dah terima semula..”  then i said : “hari tu beria cakap tak nak ada laki dalam hidup u..so now u get back ur boy..hampeh nye uu....!!!  kat mana pendirian hidup u? Kat mana kata-kata u pada i hari tu..??  so at now the answer U CANT LIFE WITHOUT MAN...!!  
i memang tak ada hak pada u..but................huh..ntah la..ikut la u..i takkan ganggu hidup u lagi..”
So aku agak sedih dan kecewa..aku harap kan dia berubah..tapi akhirnya..sama juga..apa yang aku mampu kata..aku tak ada kuasa nak ubah dia..tuhan yang berkuasa akan menggerakkan dia untuk berubah..dan baru lah aku paham masa tu firman ALLAH s.w.t : “aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya”  ...............................

HANYA MAMPU TERSENYUM :  the last thing i do before my final project presentation..i discuss about our relation with someone..walaupon benda ni tak ada lah menarik sangat..tapi tujuan hidup kami sama..mencari kerjaya untuk masa depan dan terus maju dalam sukan.she in sport i in sport..so i like heR style..simple..gaya tersendiri..tak tahu lah nak cakap cam ne..but i think dia ade special sikit kat dia ni buat aku nak mendekati dia..hahaha..giler..dari pagi hari present sampai la lagi 2 minit nak present aku msj dia..nak cari ketenangan mulanya..tapi merebak..aku tengok kawan2 aku yang lain masa tu dah tak keruan dah..cuak..aku dok syok layan msj lagi..siap tido lagi kat belakang dalam bilik presentation tu...dunia dunia..huhuh..masa turn aku present tu..aku rasa tak ada apa yang nak di cuak kan..penilai datang untuk menilai sejauh mana kita boleh berinteraksi dengan orang luar dalam memperkenalkan produk keluaran kita sendiri..so..pentas persembahan itu korang yang punya..lantak la korang nak cakap apa pon..diorg hanya mampu menilai..abis je korang present..penilai tu akan tanya sikit..tanya untuk kefahaman diorang dan kefahaman korang sendiri...Tapi yang aku pelik kenapa bila turn team aku..

                              Penilai 1 : tak ada soalan
                              Penilai 2 : errrr....saya pon tak tahu nak tanya apa...
                              Penilai 3 : errmmmm.....sy...sy....sy......kalau saya nak beli ni mahal tak??

Aku hanya mampu tersenyum je..bagus lah diorg dah tak ada idea nak tanya team aku..alhamdulillah..kikikiki..

LASTLY :  At now..aku dah selesai presentation final projek..aku lupekan semua yang berlaku pada masa sebelom aku menghadapi saat penting ni..tuhan itu maha mengatahui..kita minta saja permudahkan urusan kita ni..insyaALLAH tuhan sentiasa mendengar doa-doa hambanya..aku sentiasa bersyukur @ say thanks to GOD dengan apa yang terjadi sebelom & selepas ni..kita tak ada kuasa nak tentukan hidup kita..kita hanya mampu merancang..
tapi ALLAH s.w.t yang menentukan...






Lepas ni aku akan mengangkat kaki keluar dari ADTEC ni..aku akan padam semua memori pahit aku selama 2 tahun aku kat ADTEC ni..tapi apa yang aku tak leh padam satu benda je..KELAB RAGBI ADTEC SHAH ALAM..aku cukup kuat tahun ni menaikkan K.R.A.S...kawan2 yang tak putus2 bagi sokongan dari tepi depan belakang atas bawah..thanks to En.Muhammad Akmal Samsudin @ Coach sebab membuka peluang bermain di serata area Kuala Lumpur ni..thanks juga untuk Zafrel..walaupon kau kecik hati kau besar..untuk Hafiez thanks tak putus-putus bagi idea cemerlang kat aku..dan Izaan Hazwan (natang) thanks..teman terbaik aku dalam team ragbi..teman bila aku susah dan senang..teman utk aku bahan kau..teman segalanya la..senang cite..dan semua player K.R.A.S yang tak putus-putus bagi sokongan..specially  Zafwan anak cik misat..haha..selaku penasihat emergence aku bila penasihat yang ada tak ada idea untuk di suarakan...kikikik..Aku harap korang tak akan putuskan generasi ragbi ni..semoga tuhan memberkati pasukan kita K.R.A.S.....



SO......lepas ni aku akan masuk ke alam kerjaya pula..fuhh..aku tak tahu macam mana aku nak hadapi hidup berkerjaya ini..sebelom ni hanya hidup dalam sukan..huhuhu...biar tuhan saja yang tentukan perjalanan hidup aku..aku hanya mampu meminta yang terbaik dalam hidup aku..hari ni aku pergi apply kat dua tempat yang mungkin sukar untuk aku buat keputusan jika kedua-duanya menerima aku..OYL SDN BHD dan PROPEL BERHAD..2 syarikat yang besar di Malaysia..so aku harap masa depan aku kat salah satu syarikat ni..hah..thanks ALLAH s.w.t..
Kau lah tuhan pengatur sekalian alam..

Aku berterima kasih sangat pada BOSS Mr.tharmindran..even die ni macam sempoi & suke hati die je nak buat apa..aku masih hormat dia sebagai ketua bahagian aku..dia dah banyak cover line aku kat ADTEC ni..thanks Boss..dont worry..after this i will wake up early morning...then call u early morning every day..hahaha...so last word i hope..pembaca paham apa yang aku tulis..tak paham..tanye k..!!
SEE U LATER in “MY PROPOSAL (K.K.D)” cooming soon.......

Tuesday 15 March 2011

~hadir semula~

Salam semua..tanggal 9 mac 2011..satu yang tak disangka berlaku..dengan kekuasaan Allah s.w.t telah menemukan aku dengan seseorang yang pernah aku benci..yang pernah aku buang dari hidup aku dan tak kan pernah aku jumpa lepas ni..tapi Tuhan tu maha berkuasa..Dia menemukan semula dengan insan tersebut..Kalau nak di ikutkan memang panjang cerita aku dengan gurl ni.masuk tahun 2011 ni dah 9 tahun aku lupekan dia..tak pernah ada dalam hidup aku selama tu..

Aku hampir tak kenal bila dia add facebook aku..aku ingat awek mana lah nak berkenalan dengan aku.ahakss...then bila aku perhatikan muke die elok-elok..teliti elok-elok..ooohhhhh..my god..she! tak apa lah..aku hanya tersenyum saja.sebab beberapa hari lepas..dia hadir dalam mimpi aku..so aku tak terkujat sangat la..hehe..tergerak dalam hati aku..mungkin pertemuan kali ni ada sebab nya..so aku pon buat selamber je la..

Aku pon layan je la chat dengan dia..oh ya..apa yang aku tahu tentang gurl ni..dia ni dah kawin dulu.dah anak sorang pon..so aku pon pelik gak la..dia berbual ngn aku macam dia ni tak ada laki..aku pon malas nak tanye la..melayan je..sampai la satu hari tu aku tergerak nak tanya..then u know what the answer?? She was divorce..oh my god!! Agak tekujat gak la aku..tapi tak pe..tu semua ketentuan Tuhan..aku hanya mampu simpati je..

So kitorang pon berbual panjang..semalaman..seharian di chat ym..masing2 dengan cerita tersendiri..dan masa tu lah aku tahu kenapa Tuhan temukan aku dan dia semula..Dia memberitahu kebenaran cerita 9 tahun dulu atas apa yang terjadi pada aku dan dia keluarga aku dan keluarga dia.ohh..aku bersyukur sangat pada Tuhan akhirnya aku tahu juga kebenaran..alhamdulillah..

Kini aku kembali berkawan semula dengan dia..aku kaji selidik gurl ni dalam-dalam..alhamdulillah..rezeki dia cukup murah..kini dia sudah senang dengan kerjaya dia..menjadi wanita yang berjaya dalam hidup dia..syukur lah..aku je yang masih belom berjaya dalam kerjaya..mudah-mudahan Tuhan murahkan rezeki aku..insyaAllah.

Walaupon gurl ni hadir dalam hidup aku tanpa di duga..tapi cukup lah sekadar aku tahu kebenaran kisah lampau aku dengan dia..9 tahun dulu lah yang membuatkan aku tegak berdiri di sini..aku bersyukur sangat apa yang terjadi kepada kitorang 9 tahun dulu..ia mengajar aku dan dia erti kehidupan sebenar..mengajar mengenali dunia yang hina ini..apa yang aku harapkan pertemuan kali ni ada lagi hikmah yang lebih besar..segala-galanya hanya Tuhan sahaja yang tahu..DIA lah yang menguruskan segalanya.

Friday 11 March 2011

datang kembali

Dah bertahun aku tak jumpa dia..memang aku rindu kat dia..dalam perasaan rindu tu ada benci ada sakit hati..ada sedih ada segala perasaan dalam hati aku ni..aku deal untuk terakhir kali..hati ni memang gembira..dia setuju..telah ku persiapkan segalanya untuk dia..aku harap kali ni tidak ada permainan hati dan sesuatu yang membuat aku terluka lagi..
Penantian yang dinantikan tiba..hati ni gembira tak terkata..pertemuan yang telah bertahun terpisah..seperti ada jodoh..aku rilex & cool bile berhadapan dengan dia..aku tak nak tunjukkan kegembiraan yang teramat sangat ni..cukup lah sekadar senyuman lebar aku lemparkan kepada dia..
Bila aku tengok dia..segala kenangan dahulu terimbas kembali..bila aku bersuara lantas dia menyahut..dia seolah-olah mempunyai perasaan seperti aku ketika bersemuka dengan aku..bak kata orang “aku tak bertepuk sebelah tangan la”..
Apa tujuan aku bertemu dengan dia setelah sekian lama aku dan dia tidak bertemu bertanya khabar berhubung sesama sendiri..ada sesuatu yang perlu aku lepaskan pada dia sebelum aku meneruskan kehidupan aku yang mendatang..aku tak nak seksa jiwa dan hati aku ni..
Perlahan-lahan aku luahkan perasaan aku ni..setiap kata yang spontan keluar dari mulut lidah aku ni..segalanya telus tulus dan mulus..aku sendiri terkejut dengan kata-kata aku ni..Dia memahami segalanya.Kami berkongsi cerita selama kami tidak pernah berhubung..selama kami terpisah,pelbagai yang aku dan dia lalui dalam mencari kehidupan dan pasangan yang kekal..masing-masing akur dengan cerita masing-masing..segalanya ketentuan Tuhan..segalanya telah tertulis..kita hanya pelakon yang menurut skrip-NYA..
Kini lepas segalanya yang terpendam dihati..seperti dia juga..lepas segala didalam hati..aku menarik nafas panjang..tak ada apa yang aku harapkan dari dia selepas aku mendengar cerita dia..aku harap kan ini pertemuan terakhir..tapi hati ini dan hati dia seolah-olah berkata tidak..mungkin kami akan bertemu lagi..mungkin 4 5 tahun akan datang..mungkin esok lusa @ mungkin................ biarlah Tuhan yang tentu kan.Sesungguhnya DIA lebih maha mengatahui...
Aku tak boleh tipu hati ni...aku masih sayang dia..aku masih rindu kan dia..terpisah dek kerana keadaan dan masa dan ....................... ohhh....tak apa lah..dia pun sudah ada pilihan hidup dia..aku di sini yang masih terkontang kanting mencari kehidupan..mencari sesuatu yang tak pernah aku tahu apakah yang aku cari..apakah yang aku inginkan dalam hidup ni..
Apa yang aku harapkan yang akan aku sentiasa doakan untuk dia semoga dia menjadi insan yang lebih baik untuk pasangan dia..menjadi insan yang diredhai ALLAH s.w.t..dan aku sentiasa doakan kebahagian dia..kesejahteraan dia agar dia menjadi wanita solehah yang mengenal erti kehidupan yang diciptakan tuhan ini..tiada hak aku nak halang segalanya kerana itu semua ketentuan ilahi..aku hanya redha dan redha dan redha dengan segalanya..
Kepada si dia empunya diri tu..thanks sudi lagi jumpa insan yang hina ini..cume apa saya minta pada awak...ingat lah apa yang awak dah janji pada saya..janji pada diri awak..NEKAD lah..kerana itulah yang akan merubah kehidupan awak..jangan sia-sia kan hidup awak dengan dunia yang penuh pancaroba ini...saya sentiasa mendoakan awak..carilah sy jika perlu..
Semoga awak bahagia bersama AJIB awak tu.. L L

Sunday 6 March 2011

~terasa~

kisah 5 MAC 2011

aku nak cerita ni pon sedih...bukan tak sampai hati..hati tu sampai..tapi tu la sedih..sampai la hari ni aku masih sedih..huhuhu..tapi nak buat cam ne..tuhan nak uji hati aku..hurmm..aku redha je la..

nak dijadikan cerita..4 MAC 2011..aku nekad untuk pulang ke kampung halaman ku walaupon poket tengah kering giler..tak kerinduan pada mak bapak aku ni dah memuncak sangat..aku balik jugak..lagi pon dah lama aku tak balik.dah 2 bulan lebih rasa nya aku tak balik...sibuk dengan ragbi dan urusan2 dunia...haha

so aku pon pulang ke rumah bersama kawan aku Fuad dan Najib..diorg pon satu perjalanan dan satu daerah dengan aku Segamat..kitorang gerak dari shah alam pukul 7 selepas selesai semua urusan2 rasmi dan tak rasmi..

aku tiba di Segamat jam 12 tengah malam..so ayah aku jemput aku di segamat..ku pikir kan abg aku..rupanya ayah aku..tak kisah la..janji aku dapat balik..hehe (sebenarnya ada cerita lain..tapi malas nak cerita)

tiba dirumah aku tersenyum lebar bila dapat tengok muka ibu dan ayah dengan jelas..aku cium kedua-dua nya dengan penuh kerinduan dan kasih sayang..then ibu cakap.esok ibu nak balik kampung kerana menguruskan hal perkhawinan pakcik ku yang bongsu..aku diam temangu seketika..

jadi aku pon berbual la sekejap sebelom aku tidur malam tu..

Keesokkan pagi nya..ayah ku kejutkan aku..katanya dah nak gerak balik kampung...so aku pon bangun dalam keadaan mamau aku salam ayah dan ibu..cium tangan..lepas tu aku sambung tidur ku semula...

Jam 12 tengahari aku bangun..ermmmm...aku terasa sunyi sangat rumah tu..tak ada bunyi pape..hanya bunyi kipas duduk di sebelah aku..aku bangun dan terus keluar rumah melihat keadaan diluar rumah..ermm..tetap sunyi..

akhirnya aku capai handphone aku..aku pon taip mesej kepada ibuku 

AKU : tak dapat nak berbual lama dengan ibu..ibu balik esok..anip pon balik esok..tak ada masa lagi la nak jumpa.

IBU :  maaf la..ibu pon tak sangka kau balik hari ni..ibu dah janji nak balik rumah atok..maaf la..nanti kenduri acu kawin ko balik la..kite boleh jumpa lagi..

AKU : insyallah kalau tak ada aral melintang..


aku rasa sebak sangat masa tu,,nak nangis tak boleh..nanti abg aku pelik lak tetiba bangun tido terus nangis..so aku tahan je sebak didada aku ni..
hanya tuhan saja yang tahu kerinduan aku kepada kedua ibu bapa aku..tapi aku masih bersyukur kerana tuhan masih memberikan aku peluang untuk merasai erti kerinduan kepada kedua orang tua aku..
aku sedih....................

Thursday 3 March 2011

thanks..

asalamualakum semua..

so kali ni agak rasa happy sikit la..sory about my post sebelom ni mungkin sesuatu yang menyakitkan hati pembaca..ye la..owner pon tengah sakit hati.hehe..so forget it..dont keep in touch..

sebenarnya memang kite tak boleh lari dari segala masalah yang datang..kerana tuhan dah letakkan ujian pada setiap orang tu..samada ujian tu kecil @ besar je yang kite dapat...ALHAMDULILLAH setakat ni semua ujian kecil..semoga aku tak diberi kan dugaan yang besar..aku tak mampu untuk menangani nye..

dalam kehidupan seharian yang kadang-kadang sakit hati dengan perangai sendiri dan perangai manusia kat luar..serabut dalam sebarang permasalahan dan apa sahaja yang membuatkan kita tak senang menghadapi kehidupan hari tu..ada sesuatu perkara yang berlaku tanpa disengajakan membuatkan kite tertawa sendirian..

melihat gelagat kawan2..melihat gelagat orang sekeliling..melihat gelagat haiwan-haiwan (kucing..burung..dsb)  seperti orang giler ketawa sorang-sorang..hahaha..tapi itu lah penawar bagi setiap keserabutan..setiap permasalahan yang dihadapi..setiap sakit hati...dan semua setiap-setiap la...

aku bersyukur...even tuhan bagi sakit hati tuhan bagi masalah tuhan bagi sesuatu yang kurang menyenangkan..tuhan akan bagi semula senyuman kite tu...tak kisah la macam mana keadaan tu..tuhan akan bagi semula..thanks ALLAH s.w.t.

kini aku bersyukur...aku masih di berikan nafas untuk aku teruskan perjuangan di atas muka bumi yang seketika ini...even aku ni tak ada lah sebagus manusia ciptaan tuhan..tak ada lah sebagus orang-orang yang rasa dia perfect tu..tapi aku rasa diri aku dah cukup bagus untuk diri aku sendiri..hanya tuhan sahaja yang tahu...SUBHANALLAH