Tuesday 20 December 2011

-aKu tErBaNg-

Sedang di dalam kegelapan aku menyebut nyebut nama si dia..ketika itu aku didatangi satu bintang yang entah dari mana datangnya..menyinari hidup ini dengan cahaya yang sangat indah disinarkan pada hidup yang tiada harapan untuk balik kepada nya..semakin cerah cahaya itu menerangi hidup ini..sehinggakan tiada apa lagi yang nak dinafikan..segalanya adalah dia..sedang aku terpinga pinga..aku mencari dimanakah punca cahaya itu..adakah matahari...adakah lampu..adakah lampu neon..aku terpusing pusing didalam keindahan cahaya..sungguh indah..oh...cahaya..nyata lah kau penerang segala kegelapan..

Aku berjalan didalam cahaya yang penuh cerah dan gemilangnya..aku bersyukur kerana masih ada lagi bintang yang akan menerangi aku dengan cahaya nya..aku amat bersyukur..kini aku semakin hampir kepadanya.. Oh..bintang..terima kasih kerana memilih aku berada disamping mu untuk aku sampai kepada nya..terima kasih yang tak tehingga sehingga aku menjadi gila dek kerana cahaya mu.
Kini aku diangkat ke sana untuk menikmati segala yang ada seperti yang telah diketahui masa dahulu.

Waduhhh....indah sungguh di singgahasana..terpesona aku di buat nya...aku lena dialam yang lebih nyata daripada dunia yang ada..bukan ini yang aku pinta bahkan ini lah pemberian nya..bukan syurga yang aku ingin kan..bukan balasan yang aku ingin kan...tapi kau yang aku ingin kan..semata mata kerana engkau..aku berjalan ditengah tengah hitam dan putih...tidak ke kiri tidak pula ke kanan..aku terus berjalan walaupun kadang kala aku terjatuh di antara keduanya..tapi bingkas aku bangun..tatkala aku tidak mampu bangun..bintang disekeliling menarik ku ke atas membantu ku naik..meneruskan perjalanan yang masih tiada penhujungnya.

Aku sedar bintang bukan sekadar bintang..cahaya bukan sekadar cahaya..perjalanan ku bukan lah berseorangan, bahkan segerompolan bintang dilangit yang menghiasi alam semesta mengiringi ku..Seketika aku memandang kebawah aku sedih melihat apakah yang telah berlaku dibawah sana..adakah mereka lupa bahawa mereka dialam permainan..adakah mereka lupa bahawa ada yang akan menguruskan segalanya..adakah mereka lupa ada yang akan memberi mereka makan dan minum..adakah mereka lupa akan ada yang lebih berkuasa dari yang berkuasa...

Kini segalanya telah berlaku..segalanya telah terjadi...oh...tinggi nya aku..pertemuan demi pertemuan dengan bintang yang telah sedia ada di alam semesta membuatkan aku juga ingin menjadi bintang..tapi tidak..hanya satu matlamat ku untuk aku sampai kepadanya..aku hanya inginkan dia.. sedang aku berterbangan dialam nyata materiod melanggar aku..cebisan cebisan kecil juga turut melanggar aku...hampir jatuh juga aku kebawah..oo..nasib baik aku selamat..bintang yang mengiringi aku seketika dari alam permainan tadi masih ada disisi aku..terima kasih bintang kerana selamat kan aku..kini aku mampu terbang semula..cebisan cebisan materiod yang kecil aku mampu elak..Cuma aku perlu berjaga jaga dengan materiod yang besar.. sungguhpun aku masih diiringi, aku juga perlu melatih diri aku untuk aku terbang sendirian tanpa ada yang mengiringi aku suatu hari nanti..

Sehingga kini aku masih lagi terbang untuk sampai pada nya..telah diperlihatkan kepada aku beberapa planet diatas sana..yang hanya lah rekaan bagi menghiasi alam semesta..kerana disebalik mereka itu ada dia..
Teruskan lah penerbangan mu untuk kau mengecapi nikmat sampai pada nya..aku yakin...aku akan sampai..aku sabar untuk tiba masa aku sampai..dan aku redha untuk aku sampai pada nya,..

No comments:

Post a Comment