Sunday 11 December 2011

iM bAcK...!!

Asalamualaikum to u all readers..terlebih dahulu writes nk minta maaf pasal dah lame sangat aku tak karang blog aku ni...bagi aku cukup lama..ye la..aku pon dah masuk alam pekerjaan..sejak sejak aku dok jB masa aku sentiasa dipenuh..tak macam dulu..ade je masa untuk aku karang blog aku ni..haha...by the way...now aku kembali menyambung cerita aku...mungkin dah terlalu banyak kisah dan babak babak yang aku lalui selama beberapa bulan aku tak bercerita diruang blog ni...sedih suka duka semua ada...tapi ini semua terjadi dengan kehendak tuhan..aku hanya hamba nya yang menurut skrip Nya..ape pon kini aku redha dengan setiap apa yang diberikan pada aku dan aku redha dengan setiap apa yang tak diberikan kepada aku..aku amat bersyukur sehingga hari ini aku masih lagi diberi nyawa dan nafas untuk aku meneruskan kehidupan disisi Nya. Semakin hari semakin matang dalam menjalani kehidupan seharian dan kehidupan yang bakal mendatang. INSYAALLAH segalanya dipermudahkan.

Ape pun aku skip la dari selama aku stop menulis kat blog ini sehingga aku dapat menulis semula blog ni..sejak aku kerja dekat austin heights tu..hidup aku tak menentu.macam macam perkara yang datang pada aku...sampaikan aku tewas untuk aku lawan..sungguhpun begitu..aku sedar kuasa semua ditangan tuhan..aku tidak berkuasa atas segala galanya..tuhan lebih berkuasa.kini aku telah bekerja di skudai.. 2K Spray & Painting..salah satu kedai pembikinan kerja kerja body kereta dan kerja mengecat kereta aku..bagi aku tak kisah la aku kerja mana pon..ape sekali pon aku buat aku rasa itu semua dari tuhan..ade sebab kenapa aku dapat kerja kat situ.. ramai jugak yang mengata aku bodoh kerana aku resign dari austin heights tu..biarlah...suka hati aku..aku kerja kerana tuhan..bukan kerana duit..bukan kerana jawatan @ kuasa..atas tuntutan dunia aku berkerja kerana tuhan..kerana tuhan sendiri akan bayar gaji aku..so aku tak kisah gaji berapa pun.Tuhan tu Maha Kaya..DIA boleh bagi apa saja.. at now aku happy dengan life aku...aku selesa disamping aku lebih tenang bersama DIA.

Banyak la...banyak sangat yang berlaku selama beberapa bulan ni..ujian tuhan datang tak henti henti demi membetolkan aku..memperkuatkan keimanan dan ketauhidan aku ini..aku ngaku aku memang lemah..aku tak berdaya nak menghadapi semua ni..tapi aku yakin,..tuhan jadikan aku macam ni ade sebab..kenapa aku jadi macam ni.. jadi dekat sini aku berpegang pada firmannya  “ Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri ”

Ambil pada dalam diri la...tak perlu nak memandang kaum kaum kat luar tu..kaum pada diri kita ini..kaki, tangan, mata, mulut, telinga, jari, perut, dan semua nya ada pada kita..itu lah kaum yang dimaksudkan.. selagi kita tak mampu ubah ‘kaum-kaum’ ini semua tuhan takkan menolong kita..nak ubah macam mana...??? semua tu nak ubah kerana DIA..bukan kerana duit..bukan kerana pahala..bukan kerana nak kan syurga.. kerana DIA semata mata.

Kini aku nekad ape pon terjadi aku tetap bersama DIA..DIA lah yang utama sekali..bukan mengingati sekadar waktu solat @ waktu susah..bahkan waktu senang..waktu bersuka ria.. selagi nadi bergerak selagi itu ada DIA.. ermm.....beginilah hidup...selagi iman didada tak kuat selagi itu tuhan menguji demi memperkuatkan keimanan kita.. 
YA ALLAH..MAHA SUCI AKU TAK TAHU APA APA..BANTULAH AKU..BERIKAN LAH AKU SATU KEKUATAN UNTUK AKU SAMPAI KEPADA MU YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment