Friday 11 March 2011

datang kembali

Dah bertahun aku tak jumpa dia..memang aku rindu kat dia..dalam perasaan rindu tu ada benci ada sakit hati..ada sedih ada segala perasaan dalam hati aku ni..aku deal untuk terakhir kali..hati ni memang gembira..dia setuju..telah ku persiapkan segalanya untuk dia..aku harap kali ni tidak ada permainan hati dan sesuatu yang membuat aku terluka lagi..
Penantian yang dinantikan tiba..hati ni gembira tak terkata..pertemuan yang telah bertahun terpisah..seperti ada jodoh..aku rilex & cool bile berhadapan dengan dia..aku tak nak tunjukkan kegembiraan yang teramat sangat ni..cukup lah sekadar senyuman lebar aku lemparkan kepada dia..
Bila aku tengok dia..segala kenangan dahulu terimbas kembali..bila aku bersuara lantas dia menyahut..dia seolah-olah mempunyai perasaan seperti aku ketika bersemuka dengan aku..bak kata orang “aku tak bertepuk sebelah tangan la”..
Apa tujuan aku bertemu dengan dia setelah sekian lama aku dan dia tidak bertemu bertanya khabar berhubung sesama sendiri..ada sesuatu yang perlu aku lepaskan pada dia sebelum aku meneruskan kehidupan aku yang mendatang..aku tak nak seksa jiwa dan hati aku ni..
Perlahan-lahan aku luahkan perasaan aku ni..setiap kata yang spontan keluar dari mulut lidah aku ni..segalanya telus tulus dan mulus..aku sendiri terkejut dengan kata-kata aku ni..Dia memahami segalanya.Kami berkongsi cerita selama kami tidak pernah berhubung..selama kami terpisah,pelbagai yang aku dan dia lalui dalam mencari kehidupan dan pasangan yang kekal..masing-masing akur dengan cerita masing-masing..segalanya ketentuan Tuhan..segalanya telah tertulis..kita hanya pelakon yang menurut skrip-NYA..
Kini lepas segalanya yang terpendam dihati..seperti dia juga..lepas segala didalam hati..aku menarik nafas panjang..tak ada apa yang aku harapkan dari dia selepas aku mendengar cerita dia..aku harap kan ini pertemuan terakhir..tapi hati ini dan hati dia seolah-olah berkata tidak..mungkin kami akan bertemu lagi..mungkin 4 5 tahun akan datang..mungkin esok lusa @ mungkin................ biarlah Tuhan yang tentu kan.Sesungguhnya DIA lebih maha mengatahui...
Aku tak boleh tipu hati ni...aku masih sayang dia..aku masih rindu kan dia..terpisah dek kerana keadaan dan masa dan ....................... ohhh....tak apa lah..dia pun sudah ada pilihan hidup dia..aku di sini yang masih terkontang kanting mencari kehidupan..mencari sesuatu yang tak pernah aku tahu apakah yang aku cari..apakah yang aku inginkan dalam hidup ni..
Apa yang aku harapkan yang akan aku sentiasa doakan untuk dia semoga dia menjadi insan yang lebih baik untuk pasangan dia..menjadi insan yang diredhai ALLAH s.w.t..dan aku sentiasa doakan kebahagian dia..kesejahteraan dia agar dia menjadi wanita solehah yang mengenal erti kehidupan yang diciptakan tuhan ini..tiada hak aku nak halang segalanya kerana itu semua ketentuan ilahi..aku hanya redha dan redha dan redha dengan segalanya..
Kepada si dia empunya diri tu..thanks sudi lagi jumpa insan yang hina ini..cume apa saya minta pada awak...ingat lah apa yang awak dah janji pada saya..janji pada diri awak..NEKAD lah..kerana itulah yang akan merubah kehidupan awak..jangan sia-sia kan hidup awak dengan dunia yang penuh pancaroba ini...saya sentiasa mendoakan awak..carilah sy jika perlu..
Semoga awak bahagia bersama AJIB awak tu.. L L

No comments:

Post a Comment