Sunday 6 March 2011

~terasa~

kisah 5 MAC 2011

aku nak cerita ni pon sedih...bukan tak sampai hati..hati tu sampai..tapi tu la sedih..sampai la hari ni aku masih sedih..huhuhu..tapi nak buat cam ne..tuhan nak uji hati aku..hurmm..aku redha je la..

nak dijadikan cerita..4 MAC 2011..aku nekad untuk pulang ke kampung halaman ku walaupon poket tengah kering giler..tak kerinduan pada mak bapak aku ni dah memuncak sangat..aku balik jugak..lagi pon dah lama aku tak balik.dah 2 bulan lebih rasa nya aku tak balik...sibuk dengan ragbi dan urusan2 dunia...haha

so aku pon pulang ke rumah bersama kawan aku Fuad dan Najib..diorg pon satu perjalanan dan satu daerah dengan aku Segamat..kitorang gerak dari shah alam pukul 7 selepas selesai semua urusan2 rasmi dan tak rasmi..

aku tiba di Segamat jam 12 tengah malam..so ayah aku jemput aku di segamat..ku pikir kan abg aku..rupanya ayah aku..tak kisah la..janji aku dapat balik..hehe (sebenarnya ada cerita lain..tapi malas nak cerita)

tiba dirumah aku tersenyum lebar bila dapat tengok muka ibu dan ayah dengan jelas..aku cium kedua-dua nya dengan penuh kerinduan dan kasih sayang..then ibu cakap.esok ibu nak balik kampung kerana menguruskan hal perkhawinan pakcik ku yang bongsu..aku diam temangu seketika..

jadi aku pon berbual la sekejap sebelom aku tidur malam tu..

Keesokkan pagi nya..ayah ku kejutkan aku..katanya dah nak gerak balik kampung...so aku pon bangun dalam keadaan mamau aku salam ayah dan ibu..cium tangan..lepas tu aku sambung tidur ku semula...

Jam 12 tengahari aku bangun..ermmmm...aku terasa sunyi sangat rumah tu..tak ada bunyi pape..hanya bunyi kipas duduk di sebelah aku..aku bangun dan terus keluar rumah melihat keadaan diluar rumah..ermm..tetap sunyi..

akhirnya aku capai handphone aku..aku pon taip mesej kepada ibuku 

AKU : tak dapat nak berbual lama dengan ibu..ibu balik esok..anip pon balik esok..tak ada masa lagi la nak jumpa.

IBU :  maaf la..ibu pon tak sangka kau balik hari ni..ibu dah janji nak balik rumah atok..maaf la..nanti kenduri acu kawin ko balik la..kite boleh jumpa lagi..

AKU : insyallah kalau tak ada aral melintang..


aku rasa sebak sangat masa tu,,nak nangis tak boleh..nanti abg aku pelik lak tetiba bangun tido terus nangis..so aku tahan je sebak didada aku ni..
hanya tuhan saja yang tahu kerinduan aku kepada kedua ibu bapa aku..tapi aku masih bersyukur kerana tuhan masih memberikan aku peluang untuk merasai erti kerinduan kepada kedua orang tua aku..
aku sedih....................

2 comments:

  1. http://pinkystorymory.blogspot.com/2011/03/to-shabby-crazzy.html
    tgk la...

    ReplyDelete