Saturday 19 February 2011

ke puncak Gunung Ledang (Siri 1)

asalamualaikum semua....

kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku mendaki gunung ledang..pengalaman yang manis dalam hidup aku.syokkk....hehe..trip kali aku g tanpa dirancang teperinci..walaupon terancang pada last minit tapi akhirnya menjadi..x sangka..hehe..sebenarnya Ajad yang ajak aku g..sebab kate nya aku orang segamat..so tahu la jalan g sana..aku pon x sure aku leh g ke tak masa tu..ye lah takut ade game..so kene la g game..dengan izin tuhan aku dapat jugak pergi..seronok giler masa tu..aku rasa group kali ni berbeza..sebab semua orang au x kenal..yang aku kenal Ajad sorang je la..merangkap kawan baik aku..dan aslimi merangkap classmate aku..die nak join jugak..hehe..yang lain2 semua kawan Ajad..tu pon berapa kerat je..selebihnya kawan atas kawan..x kisah lah..asalkan semua nya satu kepala..trip ni di sertai oleh 13 orang..semua lelaki..kitorang pergi masa raya cina tahun ni la..3 dan 4 hb februari 2011..bermula cerita dari pagi tu..

3 hb Februari 2011
Jam 6.30

Ajad dan Aslimi datang ke hostel aku naik kereta waja untuk jemput aku..so aku lepas solat subuh terus angkat beg yang dah siap packing turun masuk kereta..kami terus ke rumah kawan Ajad..iaitu rumah Fariz..sampai sana dekat rumah tu ada Man sekali..so kedua2 nya aku baru kenal pagi tu..sementara menunggu kawan2 lain..mak Fariz suruh masuk dalam rumah dulu..sarapan katenya..dalam hati aku.. "fuhh..lega..murah rezeki pagi2 ni.." masuk rumah mak dia hidangkan karipap dan nescafe..layan jugak la..karipap panas pagi2 buta..
sedang kami berbual Fariz bersuara memberitahu bahawa sebuah kereta telah pergi dahulu jam 5 pagi tadi..dalam kereta tu ada 5 orang x silap aku..tu kawan Fariz la..diorang dari Wangsa Maju..kerana tak sabar..diorang gerak dulu..hehehe


Dipendekkan cerita,kitorang gerak dari Subang Jaya jam 9.00 pagi..2 biji kereta.yang bersama kami selain aku Ajad,Aslimi,Man,Fariz ada lagi tambahan Qamar,Abdul Kadir Iqbal dan Jim.

Jam 11.30 pagi

pintu masuk ke bahagian Pentadbiran Gunung Ledang
Kami selamat sampai di Gunung Ledang Pintu B..setibanya kami disana kami menemui kawan2 yang sampai jam 8 pagi tadi..iaitu kereta yang gerak 5.00 pagi tadi..so bermula lah perkenalan aku dengan mereka yang terdiri daripada Din,Daus,Dak Ous,Fakri dan Black..mereka semua ok..sporting..so aku bertambah seronok la bila jumpa kawan baru macam tu.'



Setelah berjumpa dengan bahagian pentadbiran Perhutanan Gunung Ledang,kami tidak boleh mendaki pada waktu itu kerana sudah lewat..waktu yang paling lewat untuk kami daki adalah pada jam 9.00 pagi..so semua nya hampa dan kecewa..huhu.
Kami mengadakan perbincangan ringkas bersama 13 orang tadi untuk mencari satu keputusan.Setelah ditolak tambah bahagi darab kami mendapat kata sepakat kami akan bertapak di kaki Gunung pada malam itu.Keesokkan pagi nya kami akan daki Gunung Ledang.



Jam 12.45 tengahari

Kami selesai mendirikan khemah dan segala kelengkapan dan peralatan dapur telah disiapkan..TIBA TIBA..........ada satu suara berbunyi,.. "kalau macam ni bekalan makanan kita tak cukup untuk sampai esok petang"
masing2 ternganga...aaaaaaaaa.............kami terus bekumpul mengadakan perbincangan ringkas..
Persetujuan telah diperolehi..aku diarahkan untuk pergi ke pekan terdekat membeli makanan.apa yang kami  beli? hehehehe
kami beli ayam 2 ekor dan persiapan untuk but BarbeQue..huhu..suprise giler..walaupon kelam kabut..tapi masih selera tinggi..hahahah..

mendirikan khemah
khemah dah siap...






Jam 2.35 petang

Aku tiba semula ditapak perkhemahan berbekalkan ayam 2 ekor..aku melihat kawan2 lain sedang nyenyak tidur..aku menyangka mereka telah penat bermandi manda dan kelaparan menunggu aku dan Ajad pulang dari pekan..Aku menggerakkan Man bangun untuk masak tengahari.Dengan berbekalkan beras 8 cupak dan sardin 5 tin...itu sajalah makanan tengahari kami 13 orang..Aku dan Ajad pergi mencari kayu api dibelakang kawasan khemah..di ikuti Din,Aslimi dan Qamar..


man nak masak












kayu api



Jam 3.20 petang

Siap semua makanan tengahari..aku dan Ajad kejutkan semua rakan untuk bangun makan dan solat zohor.Aku,Man,Ajad dan Aslimi tak makan..simpan dulu sebab aku dengan diorg nak g berendam dulu dekat air terjun atas..hehe..nanti dah berendam mesti lapar..so lepas tu baru makan..bijak bijak..Aku dan diorang  terus naik ke air terjun atas..tak sabar rasanya nak sejukkan badan..huhuh..memang best..ku sangkakan aku berempat sahaja yang hendak pergi mandi di air terjun..rupenya semua pergi sekali..tapi diorang da makan dulu..haha.memang best la kan..







Jam 7.00 petang

Dah penat mandi..penat main kat air terjun kitorang pon turun balik ke tapak khemah.sampai ditapak khemah..Man dan beberapa orang lain terus menghidupkan unggun api untuk malam itu.Persiapan BarbeQue untuk malam itu pon telah disediakan oleh Fakri selaku Chef kami dan Chef di sebuah hotel..Makanan untuk malam itu hanya ayam barbeQue dan kentang panggang sahaja..cukup la tuu....jimat jimat..haha..

kentang panggang



Jam 8.45 malam

Selesai solat jamak magrib dan isyak..kami bersiap untuk makan malam..saat-saat yang dinantikan hampir tiba..hahaha..makan ayam BarbeQue di hadapan unggun api yang besar..berjemaah..best je time tu..lepas makan..kitorang lepak..kenal mengenali satu sama lain..bercerita tentang kerjaya masing-masing..berkongsi ilmu yang ada.Semasa tengah lepak tu..ada yang mencadangkan untuk berjalan malam disekitar hutan..wauu...satu aktiviti yang menarik..so aktivit itu dirancang pada selepas jam 12 tengah malam..haha..ngeri kan..sementara menunggu jam 12.oo tengah malam kami pergi ke bahagian pentadbiran Perhutanan Gunung Ledang bermain ping pong..hahaha..
































Jam 12.30 tengah malam

Apabila melihat jam pada waktu ini..ramai yang telah menguap..ye lah..tadi petang mandi sakan..mane tak penat nye..tapi bagi mereka yang ingin kan suasana perjalanan malam ditengah hutan,mereka tetap juga menunggu..tapi ada juga yang menarik diri kerana terlalu mengantuk..jadi  yang menyertai aktiviti ini hanyalah beberapa orang sahaja..
Setelah bersetuju kami tetap meneruskan aktiviti berjalan malam ini..aku dan din berada di hadapan sekali..haha..berani tak abg..? kahkahkahakah..nak kate berani tu tak ada lah..tapi dah nama lelaki kan..mestilah kene berani..hahahah..
Perjalanan kami menuju di air terjun yang kami mandi petang tadi..tempat yang agak jauh dari tapak khemah.terpaksa menaiki anak tangga yang banyak..Setibanya disana kami tidak kelihatan apa-apa melainkan kedengaran cengkerik malam dan deruan air terjun yang jatuh menghempas di batu..perjalanan di teruskan ke atas lagi..
TIBA-TIBA....di suatu simpang yang mempunyai papan tanda "ke puncak Gunung Ledang - 5 jam"... kami semua tertanya2..apakah kami mahu pergi menaiki atas lagi..? Lantas aku memotong khayalan mereka dengan mengajak ke jalan lagi satu iaitu menuju ke belakang kawasan pejabat pentadbiran..Aku mengajak kerana aku tidak mahu perkara yang tidak diingin berlaku pada malam itu.. :-)

Jam 1.45 pagi

Kami tiba kawasan pentadbiran semula..ternampak sebuah cafe yang masih terbuka..kami singgah dan minum malam sebelom pulang ke tapak khemah..Selesai minum kami pulang ke tapak khemah dan terus berlabuh dikala malam semakin menghitam.......



bersambung di Siri 2....

No comments:

Post a Comment