Thursday 24 February 2011

ke puncak Gunung Ledang (Siri 2)



sambungan dari Siri 1 :


siri 1 aku menceritakan mengenai ketibaan kami disana.jadi macam2 yang berlaku pada hari pertama tu..apa pon semua nya berjalan dengan sempurna dan baik..alhamdulillah..
So dalam siri 2 ni aku nak menceritakan aktiviti kami pada hari kedua..bermula dari kami celik mata hinggalah kami tutup mata semula..hahaha...hari kedua adalah hari kami mendaki ke Puncak Gunung Ledang.....


Jam 6.15 pagi
4 Februari 2011


sayup ditelinga ku kedengaran suara Man menjerit "woiii...bangun..cepat..nak packing barang dah ni.."   huuu..terkezut aku...Man mengejutkan aku dan yang lain untuk bersiap2 mengemas barang..Untuk pengatahuan,..kami memang hendak bersiap awal..untuk kami mendaki awal pagi itu..jadi setelah semua bangun..ada yang mandi ada yang tak mandi (termasuk aku) siap2 mengemas beg masing2..khemah diruntuhkan satu persatu..disimpan semua kedalam beg.setelah selesai mengemas..kami semua ke dapur menyiapkan sarapan..(ade ke sarapan..??) Beberapa orang mengeluarkan semua makanan yang ada didalam beg dan dibahagian dapur..di longgokkan diatas meja..aku pon tak pasti apa yang ada masa tu..ape yang aku nampak hanya lah meggi kari 5 bungkus besar..huhu..jadi kami semua bersetuju untuk masak separuh dari semua meggi dan dijadikan sarapan pagi itu..separuh lagi dibawa untuk bekalan semasa perjalanan mendaki nanti.





































Jam 8.15 pagi


Setelah selesai semua barang2 di simpan di dalam kereta kami terus pergi ke bahagian pentadbiran untuk taklimat sebelom mendaki..Sebelom taklimat bermula kami diminta mengisi borang peralatan..di mana dalam borang itu kami mesti menulis setiap semua benda yang kami bawa termasuk pakaian yang di pakai.Ini bertujuan untuk memastikan kesema benda dan peralatan yang kami bawa naik mestilah cukup sehinnga kami turun semula..termasuk plastik bekas makanan dan puntung rokok yang dihisap..penjagaan kebersihan alam sekitar amat diutamakan semasa pendakian di sana.Semasa taklimat kami diterangkan perjalanan yang akan kami lalui..kami juga akan diikuti dua renjer @ guide untuk mengetuai pendakian kami hari itu..Selesai taklimat kami melakukan senaman ringan..Ia penting untuk urat dan otot2 yang hendak digunakan semasa pendakian nanti..jadi pemanasan badan hendaklah dilakukan terlebih dahulu..(budak sukan la kate kan).


isi borang dulu




























taklimat dulu



ajad merenung nasub kejap apa nak jadi lepas ni..

sebelom mendaki posing dulu...




Jam 8.45 pagi


selesai semua senaman..kami terus bergerak...maka bermula lah satu pendakian yang agak menarik.
Untuk permulaan pendakian kami perlu menaiki 700 ++ anak tangga untuk sampai ke Check Point 1 (CP 1)  untuk sampai ke CP 1 tu mengambil masa 30 minit dari bawah..aku rasa macam orang gila jap bila naik tangga tu...cukup curam tangga nya..huu..series mmg giler..
Check Point satu dinamakan BUKIT SEMPUT..memang semput giler ko nak naik..abis je tangga kene lak daki sikit guna tali untuk smpai bukit semput tu..huhu...totally semua semput..







selepas rehat di CP1..kami meneruskan pendakian kami untuk naik ke CP2..so perjalanan ke CP 2 memakan masa satu jam..agak gerun bila dengar..tapi nak buat cam mano...rodah ajo laaa....semasa perjalanan ramai jugak kawan2 aku yang menyesal ikut..tapi nak buat cam mana..da telepas kat atas tu...takkan nak turun balik..layan je la..so semasa dalam perjalanan tu macam2 la yang dibual kan..untuk mengelakkan rasa penat..
CP2 dinamakan BATU ORKID..tempatnya lapang..ade kayu balak besar..setibanya kami di CP2..huuu alangkah best nye rasa...cucuh rokok sebatang..(adegan tidak sihat)..lepak atas kayu..hahaha..minum air 100 Plus..











tanpa melengahkan masa..kami terus kan pendakian kami ke CP 3 yang dinamakan LALUAN KIJANG..perjalanan kali ni mengambil masa selama 1 jam 30 minit on fit..apa yang menarik perjalanan kali ni cukup mencabar..pendakian bukit dari 45 darjah hingga 65 darjah..memang tip top laluan nye..tapi not too bad la..semua kawan2 lepas dengan jaya nya..haha..
sampai je CP3..terkujat jugak la.ada batu besar..batu tu saiz nya da macam kapal..tinggi satu tingkat banggunan je la..heheh..tapi memang bosar....tempatnye tak ada lah besar mana..tapi ok la..tempat yang sesuai untuk baring rehatkan badan seketika..











































di CP3 ni kami berehat lama jugak laa..sebab perjalanan yang agak mencabar keimanan satu hal..so jadi lambat la..bila semua dah sampai kami baru perasan Aslimi tak sampai2 lagi..hahaha..lambat betol garing ni..then dia pon muncul selepas 10 minit kami berehat..kami menanbah masa rehat lagi 5 minit untuk aslimi..bukan apa,kami difahamkan oleh guide yang mengiringi kami..perjalanan kali ni lebih lama..mengambil masa selama 2 jam on fit...kami tidak singgah di CP4..kami terus potong ke CP5..so di CP5 sana adalah SUNGAI TIGA SEGI..tempat kami refill air minuman kami...so bile dengar air..semua kelam kabut..nak air nak air..biasalah..air gunung kan sejuk..so memang sodap la tengah2 penat di minum...huuu.....




  






semasa di CP5 ni..kami semua menarik nafas lega..huu...mana tak nya..perjalanan 2 jam lebih tu...jalan kaki lak tu..kalau naik moto ker kereta ke tahan la jugak..dengan mendaki nya lagi..masa ni dapat ayor memang tak ingat dunia..baca bismillah terus benam kepala dalam air..time ni baru betol "sambil menyelam minum air"  hehehe...kitorang kat sini lama jugak la..nak rest betol2..sebab kami dipaham kan laluan seterusnya adalah laluan K.F.C...laluan KILLER FITNESS CENTRE..


so masa kat sini memang giler...memang giler killer punye bunuh fitness aku..menguji minda..menguji fizikal..sape yang tak kuat tu semua mental down..memang surrender la..kat laluan ni memang aku tak pandang belakang dah..sebab aku nak try fitness aku..power ke tak stamina yang aku ada ni.....tapi ternyata..aku tewas di sebahagian part bukit yang giler punye tegak..aku kalah..hahahaha..


   


masa kat laluan ni memang x banyak gambar.sebab masing2 penat dah..semua dah x larat..aku pon tak sempat ambil gambar...terlalu fokus sangat kat perjalanan..hahahah..memang lame kitorang kat laluan ni..aku yang leading pon terasa lame..memanjat sane memanjat sini,...huuu...gile..aku pon tak kire lak berapa jam perjalanan untuk sampai ke check point seterusnya..


CP 6 yang diberi nama GUA KAMBING..huhuhu.gua la sangat..gua sikit je..tapi ok la..nak lepas gua tu kene memanjat gak..kat sini aku tunggu kawan2 aku kat belakang lame gak la..dan 2 batang rokok aku abis..heheh


 



 


sepanjang perjalanan ni kami memang kene memanjat bukit dan juga mendaki bukit..semuanya bukit 75 darjah..memang giler...destinasi kami seterusnya ialah LALUAN TAMAN BONZAI...tapi nak sampai ke laluan taman bonzai ni...ada satu yang membuatkan aku teruja dengan ciptaan tuhan...memang cantik..indah..ciptaan tuhan yang sangat indah..tapi aku dapat shoot foto ni dalam keadaan yang agak merbahaya..tapi aku puas hati..








































ni lah fotoshoot yang dapat aku ambil menggunakan sebelah tangan sewaktu aku tengah menaiki batu hampar ni...


keindahan tuhan yang tak dapat aku gambarkan..
lepas je bukit ni kitorang terus sampai kat laluan LALUAN TAMAN BONZAI...memang sejuk tempat ni...tido memang best..dingin je..macam duduk dalam aircond..tapi ni aircond ciptaan tuhan..seronok..sejuk je.kat sini aku berposing puas2...sama la ngn ajad..posing puas2..ambil gambar ramai2..













































so lepas kami lepak kat sini agak lame...kami meneruskan perjalanan kami ke CP7 yang dinamakan BUKIT BOTAK....kami sangka kan di sana pemandangan lagi cantik..tapi kami kecewa..huhuhu...bukit tu memang botak..kuikuikuikuikuikuik....kami dipaham kan CP & adalah check point yang terakhir untuk meneruskan pendakian kami ke puncak Gunung Ledang....
TAPI...........kami kecewa..kerana kami tak dapat meneruskan pendakian kami..kerana difahamkan pihak Kerajaan Negeri Johor bahagian perhutanan telah melarang setiap pengunjung @ pendaki naik sampai ke puncak..ini kerana faktor cuaca dan beberapa faktor yang tertentu..


Dalam perjalanan ke CP 7 ni...Qamar telah menghadapi armstring..kesakitan yang teramat sangat..sampai dia menjerit sekuat-kuat hati nya...huuu...satu gunung dengar baiii.....heheheheh...kat sini kitorang rest lame...dalam 15 mint...siap sempat tido lagi..penat kot..ditambah lak dengan pertu lapar....huu,,memang lapo...mane tak nye...pagi makan megi je kot...

















qamar injured






































so setelah semua nya puas berehat...kitorangp pon gerak untuk turun ke bawah..dalam perjalanan turun ke bawah ni kami semua menarik nafas lega............


sambung Siri 3......

No comments:

Post a Comment